My Little Princess....

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Friday, January 25, 2008

Mind Your Language...

Korang ingat tak lagi rancangan sitcom dulu2, Mine Your Language. Masa tu kita bebudak lagi.... Aku memang suke tgk pasal cerita dia memang lawak. Sitcom ni pasal satu kelas belajar bahasa Inggeris kat UK, dalam kelas tu sume student die berasal dari negara yang berbeza2. Ade Pakistan, Jepun, Itali, Greece, France, Spain, India, Germany, China, Hungary dan Sweden. So, sume cakap ikut slang negara masing2..pas tu dengan kerenah dan karektor masing2, memang pening la cikgu diaorang, Mr. Brown tu nak ajar. Dengan kerenah student2 tu memang jadi huru-hara kelas, cakap English pon tunggang langgang, broken tak ingat punye, tu lah yang jadikan cerita ni lawak. Kekadang sampai cikgu diaorang pon tersasul cakap macam dieorang jugak. Lagi satu, sitcom ni mula ditayangkan kat TV pada tahun 1977, time tu aku baru lahir kot....hahaha.. memang dah lame sitcom ni tapi tetap best jugak bile tengok balik..memories....





Antara watak2 yang menghangatkan kelas bahasa tu....
1. Ali Nadim (Pakistan) - muslim, suka cakap 'jolly good', kuat gaduh dengan Ranjeet Singh pasal Pakistan dengan India mane ngam.
2. Ranjeet Singh (India) - punjabi, bila mintak maap selalu cakap 'thousand apology', kuat gaduh dgn Ali.
3. Giovanni Cupello (Italy) - keje chef kat restoran Italy, suka cakap 'okie dokie', kawan baik dengan Max tapi selalu gado pasal nak mengurat Danielle.
4. Maximillian Papandrious (Greece) - suka cakap 'hokeh', kawan baik dengan Giovanni tapi selalu gado pasal nak mengurat Danielle.
5. Danielle Favre (France) - student paling lawa, seksi dan menggoda dalam kelas.
6. Jamila Ranjha (India) - suka mengait dalam kelas, awal2 masuk kelas tak tau cakap english langsung.
7. Taro Nagazumi (Japan) - bila nak jawab soalan mesti bangun dulu dan tunduk, selalu gaduh dengan Su-lee pasal Jepun dengan China tak ngam.
8. Chung Su-Lee (China) - bile cakap mesti pasal politik, Selalu gaduh dengan Taro.
9. Anna Schmidt (German) - karekter strict dan ganas..., mcm askar.
10.Juan Cervantes (Spain) - antara student yang tak reti cakap English, bile kene tanya mesti tanya cikgu balik, 'por fa our?' .
11.Mr Jeremy Brown - cikgu bahasa kelas dieorang, memang teruk kene buli dengan student2 dia, tapi dia baik hati.

Monday, January 21, 2008

Kereta.....

Last year aku beli kereta, setelah sekian lama aku asyik dengan motor kapcai (KRISS), akhirnya dapat jugak aku beli kereta. Member2 lain dah pakai macam2 kereta, ade yg dah habis bayar pon duit kereta, aku dah umur 30 ni la baru merasa pakai kereta sendiri. Kalau tak sebelum ni asyik meminjam kereta orang aje. Nak balik kampung pon kena tumpang orang, bosan dah aku asyik tumpang orang. Masa mula2 nak beli tu aku bagi tau Liza, suka la dia pasal dah lama asyik kena naik motor kapcai kalau keluar dengan aku. Jadi mula la aku dengan Liza memilih kereta apa nak dibeli. Mula2 aku nak beli Myvi, time tu Myvi SE baru keluar. Tapi bila pergi tanya untuk booking kereta tu, kena tunggu 4 bulan untuk dapat kereta. Lama sangat la pulak, jadi kitaorang survey la kereta lain. Kebetulan pulak Liza kerja dengan Sime Darby, jadi dia pon survey la kereta2 yang under Sime Darby (Hyundai, Ford, Alfa Romeo, BMW). Kebetulan pulak memang time tu Hyundai tengah buat clearance stock 2005. Aku dengan Liza terus pergi ke showroom Hyundai kat Glenmarie Shah Alam. Liza dah pilih nak beli Hyundai Matrix atau Getz, aku tak kisah sangat asalkan Liza suka kereta tu. Tapi sebenarnye pada awalnya aku memang tak suka dengan Hyundai Matrix dari dulu lagi, design dia memang pelik, aku tak berapa berkenan (siap kutuk lagi..aku cakap bile bawak kereta tu nampak siku pasal cermin tingkap die besar & rendah...hehehe...). Tapi bile salesman tu bagi testdrive, tak sangka pulak bawak Matrix ni memang best la, smooth & senyap, suspension pon best. Lagi satu memang spacious, dari luar kereta ni nampak kecik..... tapi dalam die besar & luas. So, besoknya aku dengan Liza terus bagi duit untuk booking kereta tu & kiteorang pilih gear manual (pasal aku dah research kalau pakai automatic fuel consumtion lagi banyak). Yang untungnya, sebab time tu clearance stock, kiteorang beli dapat diskaun banyak la jugak, dalam RM 12000 + kereta ni fully imported (Hyundai bukan Inokom). Salesman tu kate time tu cuma tinggal 3 aje stock untuk Hyundai Matrix manual, 2 kaler maroon 1 kaler kelabu. Liza pilih kaler maroon pasal die suka kaler tu, aku tak kisah kaler apa pon asalkan Liza suka. Jadi bulan April 2007, aku dapat kereta tu. Lagi satu, no. plat kereta ni sama dengan kereta Liza (Daihatsu Espri), 7707. Liza yang beriya2 nak no plat kereta kitaorang sama + dia memang suka nombor tu, lagi pon OK la.... ade makna nya jugak no plat tu, (19)77 tahun kiteorang lahir, (20)07 aku dapat beli kereta tu. So, selama aku pakai kereta ni, puas hati la, bawak long distant memang best, lagi pon kereta ni sesuai untuk family la sebab spacious. Elok la sebab aku pon nak kawen nanti tak lama lagi.




Yang terbaru ni, Liza beli kereta baru nak gantikan kereta Daihatsu Espri yang dah agak lama tu. So, hari Jumaat lepas dia dah dapat kereta baru tu, Naza Suria (kaler orange). Seronok dia dapat kereta baru tu walaupun sebelum tu banyak la jugak cabaran dan peristiwa yang kitaorang kena lalui untuk beli kereta tu. Setelah berbincang dan dipertimbangkan semasak-masaknya, akhirnya aku dan Liza setuju untuk beli kereta tu. Kereta Daihatsu Espri tu nak jual, tapi sebelum tu Liza nak tranfer no platnya ke kereta baru dia pasal nakkan no plat sama, 7707.



So, nak dijadikan cerita, dari takde kereta sekarang dah ade 2 kereta. Perghh.... pening jugak memikirkannya.. yelah, nak jaga..., maintanance.., bulan2 nak bayar.., duit minyak + tol + parking (nasib baik aku pergi keje masih pakai motor lagi...). Pas tu dua2 kereta compact car & made in Korea..., hehehe. Campur dengan kereta Daihatsu Espri tu, sementara nak tunggu orang beli, kena jaga jugak. Lepas ni kalau ade rezeki, kiteorang nak beli rumah pulak. Memang la kita hidup zaman sekarang ni penuh dengan beban hutang aje. Hmmm....tapi fikir2 balik, tak pe lah.., aku fikir positif ajer.., sesuatu yang jadi tu ade hikmahnye. Jodoh pertemuan dan rezeki kita tuhan yang tentukan. Yang penting kita berusaha dan sabar hadapi semua dugaan. Semoga aku dan Liza akan kawen tahun ni.., dan semoga tuhan murahkan rezeki kitaorang berdua, Insyaallah.....

Wednesday, January 16, 2008

I'm Back....

2008....... nampaknye tahun ni memang mencabar bagi aku. Awal tahun ni aje dah aku dah "accident". Sambut birthday pon kat hospital, sebab tu lama tak dpt update blog ni. So, hari ni baru dapat time untuk update. Bengkak kat muka aku pon dah surut, lebam kat mata pon dah makin hilang. Alhamdulliah sebab injured aku tak teruk sangat. Masa kat hospital dah buat scan, tak de internal bleeding & tengkorak aku tak retak. Thank a lot to my love Liza (yang bersusah payah arrange sume ni) dan member2 aku yang datang (Blongos & Ja, Raja & Dell, Areen & Azwa) celebrate birthday aku kat Bangi Kopitiam, Setapak. Hilang sakit aku dapat jumpe korang sume mase tu.
Hari Sabtu lepas mak aku datang KL, mase tu baru tau pasal aku accident, teruk la jugak kena ceramah "kenapa tak bagitau", "kenapa lalu kat situ", macam2 lagi la. Aku dengar aje la + iyekan aje la sume yang mak aku cakap. Malas nak cakap banyak. Lepas tu pakcik2 & makcik2 aku plak datang, pon sama jugak, kena ceramah lagi.... aduh... sakit balik kepala aku ni.... hehehe.... tak pe la, bagi aku apa yang jadi ni ada hikmahnya.

Member German aku, Tilo baru sampai hari Jumaat lepas. Dia duduk rumah aku sepanjang dia kat sini. Bagus jugak dia datang..., tolong aku bersihkan rumah yang tunggang langgang. So, sekarang ni dah bersih, senang sikit hati. Kucing2 pon dah dapat diuruskan, kat rumah aku ada 3 ekor kucing (boboy, hemoh2, nyetnyet), jadi memang before this condition rumah memang teruk pasal kucing. Semalam bawak boboi ke klinik untuk 'kembiri'kan dia. Terpaksa buat pasal habis dah satu rumah dia kencingkan. Teruk aku tiap2 hari kene basuh. Tapi aku dengan Liza memang sayang betul kat kucing2 ni, dari kecik kiteorg jaga.


OK la.... nanti citer lagi. Besok nak sambung kemas rumah. Banyak lagi bende nak buat sementara aku cuti ni.

Saturday, January 5, 2008

Hari malang.....

Semalam memang hari malang buat aku. on the way nak balik keje dalam keadaan hujan aku terjatuh. agak teruk jugak la la...pasal kepala aku jatuh dulu. Nasib baik aku tak pengsan time tu, boleh bangun sendiri. Isk.... memang sakit giler time kene tu, plus dahi aku start bengkak teruk time tu. Time tu macam pop-up dlm kelapa aku, takut seriuos injured kat kepala aku ni. Aku balik jugak ke rumah naik moto aku, time tu bwk slow2 aje, takut pe2 hal lain lak jadi. Aku sampai jugak ke rumah, Liza call mcm biase, masa tu aku citer kat die, risau + panik dia. Immediately dia rush balik dari opis dtg ke umah aku, time tu die sempat call member lain, Ja & Raje bagitau minta tolong. Lepas tu, Ja & Raja call aku tanya keadaan aku cam ner. Call Mael tanye aku punye insuran cover tak injury aku ni. Liza sampai tak lame kemudian, panik die tengok dahi aku bengkak teruk. Terus dia bawak aku pergi hospital. Ja dgn Blong dah tunggu kat Hospital Ampang Puteri.

Sampai kat hospital aku terus masuk ke emergency entrance. Liza pergi parking keta. Mase tu Ja & blong datang jumpe aku, Liza sampai kemudiannya. Kejap lepas tu, aku masuk untuk check-up, specialist doktor dtg check dahi aku. Then die cakap kat aku, tak de serious injury pada kepala aku, tapi die kene keluarkan darah pada bahagian yang bengkak tu. Doktor tu cucuk dahi aku untuk keluarkan darah tu. Sakit? Memang la sakit, doktor tu siap tekan2 lagi push darah tu kuar. Aku lelap mata aje tahan sakit. Bile dah selesai, doktor tu bagitau kat aku, die kate dahi aku akan bengkak dan akan melarat ke mata dalam masa 2 hari ni, tapi katanya tak perlu risau sangat pasal tu, bengkak tu akan surut slow2 nanti. Kalau hari isnin ni aku still rasa pening lagi atau loya rasa nak muntah, aku kene datang untuk buat check-up seterusnya. Ok, at least bila die kata takde seriuos injury lega dah hati aku, kalau tak risau jugak. Lepas tu die tekap dahi aku dgn bende sejuk (ape tah name dia, aku lupa). Dekat sejam lebe la jugak aku kat dalam bilik treatment tu.

Then, lepas tu aku dah boleh keluar untuk amik ubat. Nasib baik tak kene duduk ward, aku tak suke duduk ward, bosan giler. Kat luar, Liza tolong aku nak ambil ubat and settlekan bil. Ja & blong tunggu same, Raja pon dah sampai masa tu. Dia orang sume tanye la ape jadi, aku citer la. Raje sempat amik gambar aku dgn dahi bengkak tu. Kiteorg pegi mkn lpas tu, aku dengan selamba aje gi mkn dgn dieorg, siap leh gelak2 lagi. Nasib baik takde rase sakit sgt. Lepas tu balik, Raja tlg hantarkan Liza pergi amik kereta kat bukit Jalil. Aku ikut Raje balik umah pasal sume orang suruh buat cam tu takut ape2 jadi malam tu nanti. Sampai kat rumah Raja, aku dah tak larat, ngantuk giler. So, aku makan ubat then terus aje tidur.

Pagi ni bangun, mata aku dah bengkak, tak boleh bukak. buruk benar rupa aku dengan dahi bengkak ni. Macam elien dalam citer Star Trek. Raja hantar aku balik rumah pagi tadi. Sampai rumah aku online, member lain, Areen, Dell, Ja mula tanye keadaan aku.So, skrg aku kat rumah, petang nanti Liza datang bawakkan makanan. Kesian dia, risau dia tengok aku cam ni, pagi2 tadi dia dah call tanye keadaan aku.

So, thanx a lot to all my good friends for concern about me. Korang sume memang ada setiap kali aku memerlukan korang. Thanx to Ja & Blong coz datang temankan aku semalam kat hospital. Thanx to Raja coz sanggup ajak aku tido rumah die & jaga aku malam tadi. Thanx to Areen & Dell coz bertanye keadaan aku. And to my love Liza, you always beside me when i need you & thanx a lot for everything.

Friday, January 4, 2008

2008... Year with full of hope

Hari ni.... just start this blog. Tak tau nak citer ape sebenarnye. Hhhmmm.... so, dah masuk thn 2008 (umur aku pon makin meningkat, 31 dah ooiiiii...!!!). Hopefully, tahun ni better then 2007, byk perkara dalam hidup ni nak diteruskan dan harap2 tahun ni juga, masalah2 yang pending dalam hidup ni dapat disettlekan. Banyak plan thn ni sebenarnye, tapi tak tau boleh dilaksanakan atau tidak. Semoga dengan sokongan org tersayang (Liza) & kawan2 rapat serta keluarga dapat membantu merealisasikan plan2 ni. Tapi yang penting tahun ni..., nak kahwin. Perkara ni mesti settle tahun ni, harap2 semuanya dapat berjalan dengan baik (walaupun pasti byk halangan yg datang). Dah dekat 10 tahun aku dengan Liza ber'couple', semoga tahun ni dapat menamatkan zaman bujang (terlajak) kami berdua. Tak larat dah tgk member2 lain dah beranak pinak. (To Liza.., I will always love you)

Kepada sahabat2 baik + rapat... Ja & Blong, Raja dan Mael, thank you very much to you all for 'everything'. Semoga kite akan tetap menjadi sahabat yang sejati sampai bile2. And to our new member Areen & husband and Dell (girlfriend Raja).., welcome to our group. Semoga korang juga akan sahabat sejati aku & Liza.
So.., ok la setakat ni for the start, nanti ade banyak lagi nak cerita sepanjang tahun ni...hehehe.