My Little Princess....

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Friday, January 25, 2008

Mind Your Language...

Korang ingat tak lagi rancangan sitcom dulu2, Mine Your Language. Masa tu kita bebudak lagi.... Aku memang suke tgk pasal cerita dia memang lawak. Sitcom ni pasal satu kelas belajar bahasa Inggeris kat UK, dalam kelas tu sume student die berasal dari negara yang berbeza2. Ade Pakistan, Jepun, Itali, Greece, France, Spain, India, Germany, China, Hungary dan Sweden. So, sume cakap ikut slang negara masing2..pas tu dengan kerenah dan karektor masing2, memang pening la cikgu diaorang, Mr. Brown tu nak ajar. Dengan kerenah student2 tu memang jadi huru-hara kelas, cakap English pon tunggang langgang, broken tak ingat punye, tu lah yang jadikan cerita ni lawak. Kekadang sampai cikgu diaorang pon tersasul cakap macam dieorang jugak. Lagi satu, sitcom ni mula ditayangkan kat TV pada tahun 1977, time tu aku baru lahir kot....hahaha.. memang dah lame sitcom ni tapi tetap best jugak bile tengok balik..memories....





Antara watak2 yang menghangatkan kelas bahasa tu....
1. Ali Nadim (Pakistan) - muslim, suka cakap 'jolly good', kuat gaduh dengan Ranjeet Singh pasal Pakistan dengan India mane ngam.
2. Ranjeet Singh (India) - punjabi, bila mintak maap selalu cakap 'thousand apology', kuat gaduh dgn Ali.
3. Giovanni Cupello (Italy) - keje chef kat restoran Italy, suka cakap 'okie dokie', kawan baik dengan Max tapi selalu gado pasal nak mengurat Danielle.
4. Maximillian Papandrious (Greece) - suka cakap 'hokeh', kawan baik dengan Giovanni tapi selalu gado pasal nak mengurat Danielle.
5. Danielle Favre (France) - student paling lawa, seksi dan menggoda dalam kelas.
6. Jamila Ranjha (India) - suka mengait dalam kelas, awal2 masuk kelas tak tau cakap english langsung.
7. Taro Nagazumi (Japan) - bila nak jawab soalan mesti bangun dulu dan tunduk, selalu gaduh dengan Su-lee pasal Jepun dengan China tak ngam.
8. Chung Su-Lee (China) - bile cakap mesti pasal politik, Selalu gaduh dengan Taro.
9. Anna Schmidt (German) - karekter strict dan ganas..., mcm askar.
10.Juan Cervantes (Spain) - antara student yang tak reti cakap English, bile kene tanya mesti tanya cikgu balik, 'por fa our?' .
11.Mr Jeremy Brown - cikgu bahasa kelas dieorang, memang teruk kene buli dengan student2 dia, tapi dia baik hati.

3 comments:

toskine said...

gile la ko ni.. ingat tu sumer character dia.. hahahaha.. (padahal aku tau ko tengok web!!) hehehe...

sitcom yg aku ingat dulu2:
1. I dream of Jeanie
2. Voyage to the bottom of the sea (err ni sitcom ke? hehehe)
3. Cheers
4. Giligan's Island

Arin said...

aku suka citer nih..best wooo..awat depa tak tayangkan lagik ha?ulang tayang banyak kali pon aku sanggup ngk..

dell said...

ni sume cite utk orang yang dah berumur.. kan kan? wahhahaha