My Little Princess....

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Friday, March 14, 2008

My MAT SALEH friend....



TILO..., tu la nama kawan 'mat saleh' aku dengan Liza, asal dari Leipzig, German. Dia sekarang ada kat Malaysia, duduk kat rumah aku.., kira dah jadi housemate aku dari bulan Januari tahun ni. Ni dah kali ke 3 dia datang Malaysia. Sekarang ni Malaysia dah macam negara no. 2 dia. Suka sangat dia dengan Malaysia ni.., hampir setiap tahun dia akan datang sini. Lepas ni mesti lagi kerap dia datang, pasal dia dah dapat 'girlfriend' pulak sekarang ni, orang Malaysia (chinese girl dari Terengganu, keje kat KL). Kalau tanya dia apa yang dia suka sangat kat Malaysia ni, jawab dia first sekali "MAKANAN BEST". Ye la, mana tak nya, kat sini makanan ada macam2, banyak pilihan pulak tu, 24 jam boleh makan, murah pulak, mana la tak suka dia. Dia cerita kalau kat negara dia, tak de la bende lain yang di makan, asyik2 roti kentang, roti kentang (kalau aku pon bosan jugak, hahahahah.....). Antara makanan favourite dia kat Malaysia ni, roti canai (boleh tak..?? aku pon tak faham) cicah dal sambal, pas tu kalau makan nasi campur.., mesti nak ade ikan keli + sambal belacan dengan ulam (aku pon tak makan ulam..) & tomyam..... lagi pedas lagi dia suka. Dia makan nasi pakai tangan, kalau makan dengan dia mesti orang lain jeling2 aje kat meja kiteorang... pelik kot tengok mat saleh makan pakai tangan. Pas tu dia tengok aku pakai kain pelikat, dia pon nak pakai jugak (hahaha...mat saleh pakai kain). Lagi satu cam biasa la, mat saleh mesti kata Malaysia ni cantik la, banyak tempat boleh pergi, tambahan pulak cuaca kat Malaysia yang sederhana, tak panas, tak sejuk. Kata dia, tak macam kat negara dia, kalau sejuk tu, sejuk yang amat (winter), kalau musim panas cuaca amat kering, tak macam kat Malaysia, panas lembab.


Camne aku boleh kenal Tilo ni....?? Aku rasa tak yah la citer panjang2, faham2 aje la pasal internet ni. Dia fasih cakap English pasal dulu dia belajar kat US, bahasa melayu pun dia boleh cakap sikit2 & dia faham kalau dengar kita cakap melayu (kalau aku kutuk dia pon dia tau..hahaha). Umur dia tua setahun dari aku. Dia punye rajin nak belajar bahasa melayu, abis majalah & komik dia cuba baca, tengok drama melayu kat tv. Aku yang selalu dengan dia pon tak reti cakap bahasa German, skit2 yang senang tu ingat la mcm "Danke" (Thank you) & "Guten Morgen" (Good Morning) tu boleh la jugak cuba2 cakap. Keje dia.., freelance dalam bidang IT & multimedia (pasal dia suka keje sendiri), website, portal, photography, video & yang latest dia dapat project buat iklan McDonald (German punye iklan, bukan Malaysia). Antara website yang dia develop;
http://www.backpackingmalaysia.com/

http://www.redpalm-kl.com/
so boleh la tengok websites tu, kalau berminat nak suruh dia buat website ke, portal ke, boleh contact aku (hahaha..., iklan free la pulak). Kat Malaysia ni pun dia ada share dengan backpacking guest house Red Palm, antara sebab dia selalu datang sini. Lagi satu, Tilo ni salah seorang ahli (guitarist) dalam punk rock band kat German, Fifty50 nama band dia, lagu2 dia sume punk rock punye lagu la, kalau nak dengar boleh gi kat myspace band dieorang ;


http://www.myspace.com/fifty50


Aku dengan Tilo ni boleh ngam pasal banyak bende yang kiteorang sama2 suka & bleh kongsi sama2. Kiteorg kaki komputer so pasal IT, multimedia & graphic kiteorang share sama2. Kiteorang sama2 minat bolasepak (EPL, Bundesliga, European Champion League) yang kalau kiteorang berburak memang tak habis sampai pagi. Kalau nak makan pon dia sanggup tunggu aku supaya boleh pergi sama2. Lagi satu Tilo ni suka tengok cerita P. Ramlee, sampai dia ada collection sendiri VCD filem2 P. Ramlee (aku pon takde...hehehe).

So, Tilo akan balik ke German akhir bulan April ni dan hopefully dia akan datang semula ke Malaysia tahun depan. Dia dah banyak kali datang Malaysia & aku harap satu hari nanti dapat pergi ke German pulak tengok tempat dia. To Tilo.., you are really good friend & I hope we can be friend 4ever. Thank U for be one of my good friends....

Wednesday, March 5, 2008

S.M.A.P.K

Hari ni, time aku tengah buat keje kat opis... guna google earth untuk dapatkan imej tapak projek..., aku terfikir nak nak tengok sekolah aku dulu guna google earth ni. So, macam ni lah 'rupa'nye SMAPK daripada 'atas'. Teringat balik kenangan2 mase kat sekolah dulu. Bagi aku, masa paling seronok dan best dalam hidup aku adalah mase sekolah kat sini la. Memang tak boleh nak lupa, macam2 perkara yang jadi masa sekolah yang kalau cerita 7 hari 7 malam pon tak abis (hahahaha.....). Teringat balik.... dulu dok hostel yang mane..., main bola kat mane..., dewan makan (yang makanan nye sungguh 'berkhasiat' tu....) kat mane...., kelas kat mane..., 'fly area' kat mane..., assembly kat mane...., 'dating' kat mane (hahahha.......), surau kat mane...., kantin kat mane..,dan mcm2 lagi laa.

Ok la, saje aje nak share dgn member2 pasal rupa sekolah kiteorg tu... drpd pandangan atas. So, imej kat bawah ni aku dah edit sikit, bagitau area & tempat2 dalam kawasan SMAPK.

Saturday, March 1, 2008

Pilihan Raya.....

First sekali, sorry pasal dah lame tak update blog ni. Sibuk sikit dengan macam2 perkara sebelum ni. Tambah pulak dengan demam pilihan raya yang akan datang minggu depan ni. Seronok nak mengundi ni, pengalaman yang menarik walaupun ni dah masuk kali ke-2 aku mengundi. Tapi yang aku tau, ramai kekawan aku yang masih tak register untuk mengundi, rugi tu. Kalau tak bila lagi nak rasa pengalaman macam ni tambahan pula ini tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia. Member German aku, Tilo pon sibuk nak ikut awek die balik mengundi kat Terengganu, die yang excited lebih pulak, macam die pulak yang nak mengundi..., ceh..!! Pas tu tanye aku macam2 pasal pilihan raya kat malaysia ni, tanye pasal parti nak bertanding (BN, PAS, DAP, PKR), abis semua die nak tau. Ada kawan2 yang baru first time nak mengundi (padahal umur dah 31... heheheh). Ada kawan pulak nampaknya seronok yang amat nak me'mangkah' buat kali pertama. Kali pertama mesti rasa amat bersemangatkan? Aku akan balik Melaka untuk mengundi nanti. Last time aku balik mengundi, dapat duit tu.., RM 20, hehehe... jadi la, at least lepas la jugak duit minyak. Aku pangkah ape masa mengundi......?? Mana boleh tau, undi adalah RAHSIA..!!! (ye ke rahsia...???).

Ada kawan2 aku yang tak puas hati dengan tempat dieorang kene mengundi. Macam Liza dia kena mengundi dekat Pandan Jaya, Kuala Lumpur, dia kata nak mengundi dekat kampung dia, Melaka. Tapi sebab dia register dekat Kuala Lumpur, kena la mengundi kat Kuala Lumpur jugak. So, aku ada dapat info dari SPR, sape2 yang nak tukar tempat mengundi, kena pergi tempat ikut alamat kat MyKad (kad pengenalan). Kalau macam Liza nak tukar tempat mengundi kena pergi SPR Melaka pasal alamat MyKad dia Melaka. Proses nak tukar mengambil masa 6 bulan (pe ke hal nya la yang lama sangat nak tukar bende tu...???!! Aku pon tak faham..). Sapa2 yang baru nak daftar, kena la tengok alamat dekat MyKad, lepas tu pergi la register dekat SPR negeri ikut dalam MyKad tu. Kalau Selangor dengan Kuala Lumpur, boleh pergi ke SPR di Putra Jaya.

Sepanjang bulan yang sibuk ni, aku dah 3 kali ulang alik balik Melaka. Sibuk dengan sepupu aku kahwin, terima kasih kepada Raja pasal tolong jadi photographer masa majlis tu (gambar2 ko amik memang cantik). Kat sini pulak sibuk melayan member mat saleh aku tu, macam2 la tolong dia, beli komputer (dia nak buat kerja), komputer tu problem, tolong settlekan pulak problem komputer tu (pening la jugak aku melayan problem ni). Liza pon jarang jumpa, bulan ni dia sibuk dengan macam2 HR funtion Sime Darby. Kawan2 lain pon semua agak busy, Blong masih sibuk dengan Audit die (akauntan cam tu la bila awal tahun...hehehe). Ja dan Arin sibuk dengan spa dieorang. Raja pulak 'terpaksa' sibuk dengan keje opis dia sekarang ni, balik rumah pon tak tentu pukul berapa. Dell pon nampaknya macam busy jugak. Mael macam biasa, busy dengan business Travel Agency dia. So, aku pon kena la join dieorang semua ni busy... hehehe. Tak pe la...., nanti bile semua dah tak busy, kita jumpa reramai lagi, mesti seronok macam masa aku baru keluar hospital dulu.

Aku ingat nak start balik la bersukan, dah lama tak bersukan pasal semua orang busy, so tak de geng nak bersukan. Sebelum ni main badminton, tapi bila ramai tak datang, tak cukup korum nak main, terus tak main dah sampai sekarang. Jadi aku ingat nak main pingpong la, tak ramai pon boleh main jugak, 2 orang ade cukup la, dah boleh main. Kat mana agaknya boleh sewa tempat main pingpong...???? Nak kena carik ni....mesti ada.

Kepada Ja, aku ucapkan takziah kerana datuk dia baru meninggal dunia (Innalillah...). Semoga roh nya dicucuri rahmat dan di tempatkan dengan orang2 yang beriman..... Amin. Ja, harap bersabar dan tabah menghadapi dugaan ini. Aku dan kawan2 lain turut bersedih (we always be with you...).

Until next time..., SELAMAT MENGUNDI....!!!!