Monday, June 30, 2008

EURO 2008.... Final match on the way..... GERMANY vs SPAIN....


Sekarang dah pukol 2 pagi...., aku masih berjaga, nak tunggu game final EURO 2008. Kejap lagi mesti nak melekat depan tv, besok ngantuk ke tidak nak pergi keje.... lantak la.... tu lain cerita. Yang penting game mlm ni aku dapat tengok sampai habis.

So, game final antara GERMANY vs SPAIN. Aku sokong GERMANY. Memang aku suka team GERMANY ni sejak dari sekolah lagi. Member-member lain yang aku tau sokong GERMANY, JA, pasal dia kate die suke Micheal Ballack. Yang lain kebanyakannya, sokong SPAIN especially yang pompuan, katenye pemain SPAIN ramai yang hensem...., hehehhehehehe (tengok orang hensem ke..., tengok orang main bola..?? hehehhehe....). Anyway tak kisah la, so tak sampai sejam lagi game nak start.... kita tengok sape yang menang. Anyway..., good luck to both team..., game ni mesti best.

See u all later, for the final result. Stay awake.... & stay tune......

Saturday, June 28, 2008

Jangan Cakap Bohong Pada Bebudak (18SX)....

Aku dapat citer ni dari email yang dihantar oleh adek aku minggu lepas... memang lawak citer ni. Masa aku baca email ni..., aku kat opis.., jenuh aku menahan gelak sampai bergoyang meja aku... Hahahahaha.... so aku nak la kongsi citer ni dengan korang sume... tak tau la bagi korang lawak ke tidak... tapi citer ni ade sensor skit... faham2 aje laa..... tapi ade jugak pengajarannye....

Dalam satu kampung, sorang cucu tinggal dengan datuknya sebab kedua orang tuanya pergi menoreh getah. Si datuk ni merangkap baby sitterlah kononnya.
Satu hari si cucu pulang ke rumah daripada bermain-main lalu bertanyalah kepada datuknya "Tok, tadi Dol cakap pelir... Pelir tu apa tok?."
Terkejut datuknya. Tapi dengan selambanya dia berkata "Pelir tu songkoklah, macam atuk pakai ni" OOoooo macam tu kata si cucu.
Pada hari lain pula si cucu bertanya lagi. "Tok, tadi Minah sebut burit.. apa ke bendanya tu tok?" Terkejut bukan kepalang datuknya. Tapi dengan selambanya jugak dia menjawab "Alah...itu kain..yang emak kau pakai tu."
Satu hari yang lain pula si cucu bertanya lagi... "Tok melancap tu apa?" Si datuk malas nak melayan lalu dikatakannya melancap tu makan nasi.
Akhirnya si cucu bertanya lagi ....."Tok, berjubur tu apa?" "..Alaah kau ni banyak sangat bertanya..berjubur tu macam ayah dan mak kau...kerjanya menorehlah."
Suatu hari yang panas datanglah tok Penghulu berkunjung ke rumah kanak-kanak tu..selepas diberi salam beberapa kali lalu dijawab oleh kanak-kanak tu.. "Datuk kau ada?" Tak ada tok penghulu. "Dia pergi kedai.. Naiklah tok penghulu."
Tok penghulu pun naik sambil mengipas-ngipas dengan songkoknya. Lalu berkata budak yang keletah itu. "Tok penghulu, kalau panas sangkutlah pelir tu kat dinding"
Terkejut yang amat sangat tok Penghulu tu.
"Ehhh mana abang kau? " "Ada kat dapur tengah melancap"
"... Kakak kau?" "..ada kat sungai tengah basuh burit..banyak burit dia kena basuh."
"Mak ayah kau? EEEh tok penghulu kan hari tak hujan berjuburlah mereka."
Lalu tok penghulu pun pengsan.

THE MORAL OF THE STORY IS .........JANGAN CAKAP BOHONG PADA BEBUDAK
..

Friday, June 27, 2008

EURO 2008.... SPAIN still too strong for RUSSIA...



Semi final kedua pagi tadi, berlangsung dalam hujan lebat Spain sekali berjaya mengatasi Russia 3-0 untuk menempah tiket ke perlawanan akhir. Sebelum ini kedua-dua pasukan telah bertemu pada perlawanan pertama peringkat kumpulan di mana Spain memenangi perlawanan tersebut 4-1. Russia yang cuba untuk menebus kekalahan pada peringkat kumpulan namun gagal mengulangi kecemerlangan mereka seperti perlawanan sebelum2nya, tetapi tetap cuba memberikan tentangan. Perlawanan agak seimbang pada first half dengan berkesudahan 0-0.

Yuri Zhirkov & Andres Iniesta....

Marcos Senna & Roman Pavlyuchenko...

Fernando Torres & Yuro Zhirkov....

Sergei Ignashevich & David Villa....

Separuh masa kedua, Russia mula hilang rentak apabila Spain lebeh banyak menguasai perlawanan. Kemasukan Cesc Fabregas menggantikan David Villa yang cedera nampak banyak mengubah corak permainan Spain. Akhirnya pada minit ke-50, Xavi Hernandez berjaya menyudahkan hantaran lintang rakan sepasukannya, Andres Iniesta. Russia terkejut dengan gol tersebut cuba untuk mencari gol penyamaan, tetapi Iker Casillas cemerlang menghalang pintu gol Spain dari dibolosi. Semangat pemain2 Russia semakin pudar di mana pada minit ke-73, bermula dari gerakan cantik Sergio Ramos dan Cesc Fabregas, Dani Guiza berjaya menyumbat masuk gol ke-2 hasil umpanan cantik Fabregas. Dengan gol ke-2, ini pemain2 Spain lebeh bersemangat untuk mencari gol seterusnya. Russia pula semakin tenggelam dengan permainan cantik Spain dan semua gerakan mereka tidak menjadi. Minit ke-82, sekali lagi Cesc Fabregas membuat umpanan cantik ke dalam kotak penalti dan David Silva berjaya menolak masuk untuk gol ke-3 Spain. Dengan 3 gol tersebut sudah cukup untuk memastikan Spain berjaya ke final bertemu Germany Ahad nanti.

Xavi Hernanadez berjaya menewaskan Igor Akinfeev untuk menjaringkan gol pertama Spain...

Xavi Hernandez meraikan gol jaringannya....

Gerakan menarik Daniel Guiza menjaringkan gol ke-2 Spain....

Igor Akinfeev tertewas buat kali ke-2.....

Daniel Guiza gembira selepas menjaringkan gol ke-2 Spain....

David Silva menjaringkan gol ke-3 Spain...

David Silva gembira meraikan gol jaringanya....

David Silva meraikan gol kemenangan Spain bersama Cesc Fabregas yang membuat hantaran cantik kepadanya untuk menjaringkan gol....

Cesc Fabregas dan David Silva gembira meraikan gol ke-3 Spain yang memastikan mereka ke final EURO 2008....

Iker Casillas & Carlos Marchena meraikan kejayaan mereka mengalahkan Russia....

Walaupon kalah, Russia patut berterima kasih kepasa Guus Hiddink yang berjaya membawa mereka hingga ke semifinal. Russia yag sebelum ini seperti juga Turkey tidak diletakkan sebagai pasukan pilihan mampu bermain dengan begitu baik pada kejohanan ini. Sudah pasti ramai pemain2 Russia akan menjadi buruan kelab2 ternama selepas EURO 2008 dan yang terbaru Barcelona telah membuat tawaran kepada pemain terbaik Russia Andrei Arshavin. Bagi Spain pula, ini adalah antara pencapaian terbaik mereka dalam kejohanan antarabangsa dimana kali terakhir mereka sampai ke final adalah pada tahun 1964 dan mereka adalah satu2nya team yang masih mengekalkan rekod tanpa sepanjang EURO 2008.

Xavi Alonso & Joan Capdevilla gembira meraikan kejayaan mereka mengalahkan Russia....

Pemain2 Spain yang gembira meraikan kejayaan mereka melangkah ke final EURO 2008....

Walaupon kalah, Konstatin Zyryanov tetap memberikan tepukan semangat kepada pasukan yang telah berjaya hingga ke peringkat semifinal.....

Guus Hiddink yang kecewa dengan kekalahan pasukannya dan kegagalannya membawa Russia ke final EURO 2008....

Iker Casillas begitu gembira dengan kejayaan pasukannya berjaya melayakkan diri ke final EURO 2008....

Sebahagian suasana dan penyokong kedua2 pasukan di stadium Vienna - Ernst Happel ketika perlawanan Spain dan Russia. Stadium ini juga adalah stadium untuk perlawanan akhir antara Germany dan Spain Ahad nanti.

Penyokong Russia mengibarkan bendera negara mereka....

Penyokong Spain dengan api berwarna merah meraikan kemenangan Spain.....

Antara gelagat dan aksi penyokong Spain yang gembira dengan kemenangan pasukan mereka....

Penyokong Russia dengan bendera 'giant' lambang pasukan bola sepak mereka.....

Wajah kecewa penyokong Russia dengan kekalahan pasukannya......

Thursday, June 26, 2008

EURO 2008.... lucky GERMANY to reach final... but I still salute TURKEY...



Pagi tadi.., perlawanan semi final pertama antara Turkey dan Germany. Perlawanan ini menyaksikan Turkey tewas 2-3 kepada Germany dalam perlawanan yang penuh dramatik sehingga ke babak akhir masa permainan. Memang mesti tengok game ni pasal nak tengok team underdog Turkey mampu atau tidak buat kejutan ke atas Germany pulak. Ditambah pula, team Turkey terpaksa menurunkan hampir separuh pemain simpanan mereka kerana kebanyakan pemain2 utama seperti Nihat Kahveci, Arda Turan, Tuncay Sanli, Emre Asik dan Volkan Dimerel tak boleh main kerana kecederaan dan digantung perlawanan (suspended). Kekurangan pemain dibarisan pertahanan menyebabkan Mehmet Topal yang biasenya bermain di posisi defensive midfield terpaksa bermain sebagai center defend. Berbanding dengan Germany, yang memang team lebeh baik dari Turkey, hampir kesemua pemain kesebelasan utama diturunkan.

Mehmet Aurelio & Bastian Schweinsteiger...

Michael Ballack & Hamit Altintop...

Semih Senturk diasak Torsten Frings & Per Mertesacker...

Seperti yang aku harapkan, game ni memang best. First half, Turkey mengawal permainan dan bermain lebeh baik sama seperti game yang sebelum ini dengan corak permainan yang bersemangat. Dengan Hamit Altintop dan Mehmet Aurelio dibahagian tengah, Turkey menguasai permainan dan membuat banyak serangan ke pintu gol Germany. Beberapa kali goal keeper Germany, Jens Lehmann diuji dengan percubaan2 menarik. Germany agak tertekan dengan asakan Turkey dan hanya sekali sekala dapat membuat serangan balas. Pemain muda Turkey, Kazem Kazim agak menyerlah denagn dua percubaannya berjaya menewaskan Lehmann tetapi palang gol menyelamatkan Germany. Akhirnya asakan Turkey berjaya menghasilkan gol pertama pd minit ke-22, melalui Ugur Boral. Germany tersntak dengan gol tersebut, mula mengasak mencari gol dan hanya 4 minit kemudian mereka berjaya mendapat gol penyamaan yang menarik melalui Bastian Schweinsteiger. Rustu agak kurang menyerlah ada perlawanan ini, tidak seperti semasa perlawanan sebelum ini menentang Croatia gagal mempertahankan gol Turkey dari dibolosi. First half tamat dengan dengan keputusan terikat 1 - 1.

Ugur Boral meraikan kejayaannya menjaringkan gol pertama Turkey bersama rakan2nya...

Gerakan menarik Bastian Schweinsteiger menjaringkan gol penyamaaan Germany...


Aksi Bastian Schweinsteiger selepas menjaringkan gol....


Permainan di second half lebih menarik apabila Germany pula menguasai permainan namun Turkey tetap bersemangat terus cuba mencuri beberapa peluang membuat serangan balas. Semakin masa perlawanan hampir habis, permainan menjadi semakin menarik. 10 minit terakhir second half cukup mendebarkan di mana pada minit ke-79, Rustu membuat kesilapan keluar meninggalkan pintu gol untuk membolehkan Miroslav Klose menanduk masuk gol ke-2 buat Germany. Namun seperti perlawanan sebelumnya, Turkey tetap tidak putus asa dan semakin bersemangat untuk mencari gol. Usaha mereka berhasil apabila pada minit ke-86, apabila Lehmann pula membuat kesilapan dan Semih Senturk berjaya mendapatkan gol penyamaan hasil umpanan Sabri Sarioglu dari sebelah kanan. Selepas itu game ini dilihat seperti akan diheret ke extra time, tetapi pada minit2 akhir permainan Philip Lahm berjaya membolosi pertahanan Turkey dan menewaskan Rustu untuk menjaringkan gol kemenangan untuk Germany melangkah ke perlawanan akhir.

Miroslav Klose menanduk masuk gol ke-2 Germany...

Semih Senturk berjaya menewaskan Jens Lehmann untuk menyamakan kedudukan semula...

Philip Lahm menjaringkan gol kemenangan Germany di saat akhir permainan...

Jurulatih Germany, Joachim Loew dan penolong jurulatih, Hansi Flick meraikan kejayaan mereka berjaya menewaskan Turkey untuk melangkah ke Final EURO 2008....

Wajah2 kekecewaan di muka pemain2 Turkey selelah perlawanan tamat...

Pemain Turkey, Sabri Sarioglu yang kecewa ditenangkan rakannya, Akman Ayhan....

Pemain2 Germany gembira meraikan kejayaan mereka menewaskan Turkey dan berjaya ke perlawanan akhir.....

Walaupon Turkey tewas pada perlawanan semi-final ini, bagi aku... Turkey patut bangga dengan pencapaian pasukan mereka dalam EURO 2008. Pada awal kejohanan ini bermula... tiada siapa menyangka pasukan Turkey yang dianggap pasukan under dog mampu layak hingga ke peringkat separuh akhir. Ditambah pula dengan masalah kecederaan serta penggantungan ramai pemain piihan utama, Turkey tetap mampu memberikan tentangan kepada pasukan2 yang lebih baik daripada mereka. Bermula dengan keputusan yang kurang memberansangkan apabila tewas 2-0 kepada Portugal, tetapi memulakan kebangkitan mereka dengan perlawanan seterusnya dengan menewaskan Switzerland 2-1, mengejutkan Rep. Czech 3-2 diperingkat kumpulan. Di situ sudah nampak ada kelainan dan tarikan yang terdapat pada pasukan Turkey kerana perlawanan yang mereka menang adalah hasil dari come back from behind, di mana mereka akan ketinggalan dan dibolosi gol dahulu tetapi kembali menjaringkan gol kemenangan pada saat-saat akhir perlawanan. Di peringkat quarter final, Croatia pula menjadi mangsa Turkey. Dan pada perlawanan semi-final dengan Germany, mereka tetap cuba melakukan perkara yang sama tetapi nasib tidak menyebelahi mereka... Di sini lah terletaknya kelebihan pasukan Turkey dimana mereka bermain dengan semangat yang tinggi dan bermati2an selagi perlawanan belum habis. Walaupon ketinggalan, semangat terus mencuba memang jarang dapat dilihat pada pasukan lain (pasukan Malaysia lagi la.... jangan harap ade semangat ni...). Walaupon barisan pemain Turkey tidak sehebat pemain pasukan2 pilihan yang bertaraf bintang, namun pemain2 Turkey begitu rajin di atas padang dan tidak mengenal erti penat membuatkan mereka mula digeruni pasukan lawan. Jurulatih Turkey, Fatih Terim pasti menjadi salah seorang jurulatih yang hebat kerana mampu memberikan kata semangat luar biasa serta mampu merancang taktik yang berkesan hingga berjaya membawa Turkey ke semi-final.


Fatih Terim, jurulatih Turkey.....

Rustu Recber, penjaga gol berpengalaman Turkey yang akan bersara....

Jadi walaupon Turkey tewas... aku still salute tu Turkey team for this EURO 2008. Penjaga gol berpengalaman Turkey, Rustu Recber mengumumkan persaraannya di peringkat antarabangsa dan EURO 2008 adalah kejohanan terakhirnya bersama skuad kebangsaan.

Tuesday, June 24, 2008

EURO 2008.... ITALY going down, Thumb up for SPAIN...!!!



Perlawanan ini seperti yang dijangkakan..., Spain menang penalti 4 - 2, tapi Italy tetap memberikan tentangan hingga perlawanan diheret hingga ke penentuan sepakan penalti... apabila masa penuh permainan dan masa tambahan gagal menghasilkan sebarang gol dari kedua pasukan. Spain menjadi wakil tunggal team yg menjuarai peringkat kumpulan mara ke semi-final setelah 3 team juara kumpulan yg lain... Portugal, Craotia dan Holland kalah dalam perlawanan masing2 diperingkat quarter final.

Gianluca Zambrotta & Andres Aniesta....


David Silva & Fabio Grosso....

Gianluca Zambrotta & Fernando Torres...

Mauro Camoranesi & Cesc Fabregas...

Sejak dari sepak mula, Spain lebih menyerlah dan menggasak dengan percubaan bahaya dari Fernando Torres, David Villa dan David Silva ke arah pintu gol Italy. Italy bernasib baik kerana penjaga gol Gianluigi Buffon bermain cemerlang dan berjaya menahan segala percubaan dan asakan dari pemain2 Spain. Hanya sekali sekala Italy cuba menyerang tetapi Luca Toni sebagai single striker di barisan serangan Italy gagal menghasilkan gol. Italy bermain lebih kepada corak bertahan menyebabkan corak permainan Italy agak membosankan. Spain pula gagal menjaringkan gol walaupon banyak membuat percubaan ke arah pintu gol...

Iker Casillas menyelamatkan sepakan penalti Antonio Di Natale...

Pemain2 Spain meraikan kejayan mereka apabila Cecs Fabregas berjaya menjaringkan gol penalti ke-4 untuk mengalahkan Italy.....

Wajah2 kecewa pemain2 Italy.....


Beberapa kali aku terlelap, kerana game tak begitu menarik. Sehingga la sepakan penalti, bagi aku yang paling menyerlah dalam game ni... hanya goal keeper kedua2 pasukan... Gianluigi Buffon banyak menyelamatkan percubaan2 bahaya dari Spain dalam masa permainan serta menahankan 1 penalti manakala Iker Casillas bertindak cemerlang menyelamatkan percubaan bahaya Camoranesi dalam masa permainan dan berjaya menahan 2 sepakan penalti.... Walau apa pun keputusan... kedua-duanya ni memang antara best goal keeper in the world....

Spain goal keeper, Iker Casillas....

Italy goal keeper, Gianluigi Buffon....