My Little Princess....

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, July 1, 2008

EURO 2008.... SPAIN champion.... left disappointed GERMANY behind....

Piala yang menjadi rebutan antara SPAIN dan GERMANY.....



SPAIN akhirnya berjaya mengakhiri penantian selama 44 tahun dengan memenangi EURO 2008, mengalahkan GERMANY dengan jaringan 1-0. SPAIN memang layak memenangi perlawanan ini, dengan satu2nya team memegang rekod tanpa kalah sepanjang kejohanan ini.

Joachim Low, jurulatih GERMANY.....


Luis Aragones, jurulatih SPAIN.... sudah berumur 69 tahun....

OK... lets go to the final match report first. So, bagi aku game agak mengecewakan dan sedikit membosankan..., yelah... pasal aku sokong GERMANY (heheheh....). Tapi keseluruhan perlawanan SPAIN bermain dengan baik berbanding dengan GERMANY yang begitu mengecewakan corak permainan mereka, disappointed..!!! dan juga nasib tidak menyebelahi GERMANY. Jika lihat pada statistik perlawanan, GERMANY hanya 1 shot on goal dari hanya 3 percubaan ke arah gol.. amat mengecewakan. Berbanding SPAIN dengan 7 shot on goal dari 12 percubaan ke arah gol. Dari statistik tersebut, memang SPAIN lebih berhak untuk memenangi perlawanan ini, ditambah pula mereka bermain dengan lebih teratur dan cantik.

Lucas Podolski & Sergio Ramos.....

Torsten Frings & Fernando Torres....

Fernando Torres & Per Mertesacker.....

Joan Capdevilla, Bastian Schweinsteiger, Andres Iniesta & Arne Friedrich.....

Walaupon ball possesion lebih sedikit kepada GERMANY.... tapi mereka gagal dan buntu untuk mengancam pintu gol SPAIN. GERMANY kelihatan begitu confident dan menguasai permainan 15 minit awal, tetapi selepas itu..., mula hilang punca apabila diasak dengan counter attack yang pantas dari pemain2 SPAIN. Semua gerakan dan hantaran pemain2 GERMANY tidak menjadi, jentara tengah yang diketuai oleh kapten GERMANY Micheal Ballack buntu untuk membolosi barisan pertahanan SPAIN. Hanya Bastian Schweinsteiger saje yang kelihatan menyerlah berbanding rakan2 sepasukannya yang lain. Dari kebuntuan dan kegagalan gerakan2 mereka, pemain2 GERMANY mula banyak melakukan kesilapan dan SPAIN mengambil kesempatan ini menukar tempo permainan dengan mula menguasai bola melalui bahagian tengah serta hantaran2 terus ke depan yang membuatkan GERMANY kelam kabut untuk bertahan. Fernando Torres yang diletakkan sebagai single striker di bahagian serangan SPAIN begitu efektif dengan larian2 pantas yang sukar dikejar dan ditandingi oleh pemain2 pertahanan GERMANY. Pada minit ke-29, hantaran lintang Sergio Ramos berjaya ditanduk oleh Fernando Torres mencemaskan pintu gol GERMANY apabila bola tandukan terkena tiang gol dan disusuli percubaan leret dari Joan Capdevilla. Akhirnya, pada minit ke-33, pintu gol GERMANY berjaya dibolosi hasil hantaran cantik Xavi Hernandez kepada Fernando Torres menyebabkan penjaga gol GERMANY, Jens Lehmann melakukan kesilapan dengan keluar meninggalkan gol untuk menyelamatkan keadaan. Tetapi Fernando Torres lebih pantas menolak bola melepasi Jens Lehmann untuk gol kemenangan untuk SPAIN.

Tandukan Fernando Torres yang menggegar tiang gol....


Perebutan bola antara Fenando Torres & Per Mertesacker.....

Fernando Torres berjaya membuat tendangan lambung melepasi Lehmann....

Fernando Torres mengelak selepas berjaya melambungkan bola melepasi Jens Lehmann.....

Gaya Fernando Torres meraikan gol jaringannya......

Fernando Torres meraikan jaringan gol nya bersama rakan2 lain....

Micheal Ballack mengalami kecederaan selapas berlaga dengan Marcos Senna...

Jaringan Fernando Torres menyebabkan GERMANY semakin hilang punca di mana segala gerakan & serangan GERMANY mudah dipatahkan oleh barisan pertahanan SPAIN. Michael Ballack kelihatan cuba untuk menaikkan semula semangat rakan2 nya pula terpaksa diusung keluar pada minit ke-37 apabila cedera berlaga dengan Marcos Senna semasa perebutan bola diudara. Pada minit ke-42, tackle keras Ballack ke atas Cesc Fabregas menyebabkan perbalahan tercetus dan Ballack dihadiahkan kad kuning di atas kekasaran tersebut. Iker Casillas yang cuba masuk campur dalam perbalahan itu juga mendapat kad kuning.Separuh masa pertama tamat dengan jaringan 1-0.

Michael Ballack berbalah dengan pemain2 Spain, Carlos Marchena, Iker Casillas & Charles Puyol.....

Micheal Ballack membantah & tidak puas hati dengan tindakan pengadil.....

Micheal Ballack & Iker Casillas dihadiahkan kad kuning oleh pengadil.......

Joachim Low & Luis Aragones cuba menenangkan pemain2 masing dari luar padang.....

Bermula separuh masa kedua, perlawanan mula menjadi lebih hangat dan penuh emosional apabila pemain2 GERMANY yang terdesak untuk mencari gol penyamaan. GERMANY melakukan pertukaran awal dengan mengeluarkan Philip Lahm yang kurang menyerlah dengan Marcel Jansen. Beberapa tackle keras dan pergelutan merebut bola telah menyebabkan keadaan menjadi agak tegang. Tetapi corak permainan GERMANY semakin mengecewakan dan membosankan apabila gerakan serangan mereka tidak menjadi berbanding SPAIN yang mengasak dengan gerakan2 menarik. Minit ke-58, Joachim Low terpaksa mengeluarkan Thomas Hitzlsperger dan memasukkan pemain penyerang, Kevin Kuranyi untuk memantapkan lagi barisan serangan GERMANY. Kemudian SPAIN pula melakukan pertukaran, Cesc Fabregas digantikan Xabi Alonso dan David Silva pula dengan Santi Cazorla bagi memperkuatkan barisan tengah untuk bertahan. Namun dalam keghairahan GERMANY menyerang mencari gol penyamaan, SPAIN tetap membalas dengan beberapa percubaan bahaya. Cuma penyudah kurang tepat menyebabkan tiada gol dapat dihasilkan oleh kedua pasukan. Pada minit ke-78, Torres yang dilihat semakin keletihan dikeluarkan untuk memeberi peluang kepada Dani Guiza. Seminit kemudian, GERMANY yang terdesak juga melakukan pertukaran menggantikan Miroslav Klose dengan Mario Gomez bagi mempertajamkan barisan serangan dalam usaha untuk terus mencuba mencari gol penyamaan. Namun, SPAIN hampir dapat menjaringkan gol pada minit ke-81, namun Marcos Senna gagal menyempurnakan hantaran cantik Dani Guiza walaupon Jens Lehmann sudah tertewas.

Sergio Ramos & Bastian Schweinsteiger....

Sergio Ramos & Lucas Podolski.....

David Silva & Marcel Jansen.....

David Silva & Lucas Podolski.....

Santi Cazorla, Xavi Hernandez & Marcel Jansen.....

Lucas Podolski & Andres Iniesta....

Jens Lehmann menyelamatkan percubaan dari pemain SPAIN....

Bastian Schweinsteiger tidak puas hati dengan keputusan pengadil, Roberto Rosetti......

GERMANY gagal menjaringkan gol hingga tamat masa permainan dan 1 gol hasil jaringan Fernando Torres sudah cukup untuk memastikan SPAIN sebagai juara EURO 2008. Penantian selama 44 tahun berakhir bagi SPAIN dan GERMANY akan pulang dengan kecewa. Bagi aku, beberapa keputusan yang kurang tepat dari pengadil perlawanan, Roberto Rosetti juga mempengaruhi corak permainan GERMANY yang amat mengecewakan penyokong2nya. GERMANY sepatutnya dapat boleh mendapat 1 penalti, apabila bola terkena tangan Joan Capdevilla dan beberapa keputusan offside yang tidak tepat kepada GERMANY. Jentera serangan GERMANY yang begitu tumpul menyebabkan aku terfikir jika TURKEY berada di perlawanan akhir ini, pasti keadaan yang berbeza akan berlaku. Walau bagaimana pon tahniah kepada SPAIN...... CHAMPION OF EURO 2008.... EspaƱa felicitaciĆ³n....!!!!!

1 comment:

wani said...

wahh...pandaila ko ulas sukan gazza, patutnyer ko jadik pengulas sukan nih..

sebenarnye aku tak bape paham sgt bahasa bola ko tu gazza...aku tak minat bola nih...sume org dok kejar bola sebijik tu jer..tak menarik langsung

tapi yg penting...GERMANY yg ko sokong tu kalah...

hahahahahahahah...

itu jer nak cakap..sekian