My Little Princess....

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Monday, August 18, 2008

Olympic Beijing 2008..... Still no gold for Malaysia...

Olimpik Beijing 2008 menyaksikan Malaysia masih lagi gagal membawa pulang pingat emas, apabila harapan kilauan emas yang diletakkan pada pemain perseorangan badminton negara, Lee Chong Wei, yang juga pemain no. 2 dunia hanya berpuas hati dengan pingat perak sahaja. Tewas mudah kepada Lin Dan, pemain tuan rumah, China yang juga pemain no. 1 dunia menyebabkan rakyat Malaysia berputih mata sekali lagi untuk melihat kilauan emas Olimpik di bawa pulang ke tanah air buat kali pertama.

Aku pon tak la menonton perlawanan akhir tersebut, tapi aku dah menonton nya semula menerusi online di internet... Dari awal lagi aku dah menjangkakan.., Lee Chong Wei akan kalah kepada Lin Dan, kerana memang Lin Dan adalah pemain yang lebih baik dari segi skill dan taktik, ditambah pula bermain di negara sendiri sudah pasti banyak memberi kelebihan kepada Lin Dan. Jika dilihat dari perlawanan peringkat sebelumnya, Lee Chong Wei dari segi corak permainan dan taktik memang banyak peningkatan terutama semasa bermain dijaring dan dia membuktikan dia berhak menjadi pemain ke-2 terbaik dunia apabila berjaya melangkah ke perlawanan akhir untuk penentuan pingat emas dan pingat perak acara perseorangan lelaki badminton Olimpik 2008. Dengan habuan yang telah dijanjikan oleh kerajaan Malaysia, RM 1 juta jika berjaya membawa pulang pingat emas, pingat perak RM 300,000 dan pingat gangsa RM 100,000 dilihat sudah pasti mampu memberikan semangat kepada Lee Chong Wei untuk menghadapi perlawanan akhir tersebut.

Sebenarnya..., aku tak kisah pon jika Malaysia hanya dapat pingat perak, tetapi mengharapkan juga Lee Chong Wei mampu membuat kejutan atau sekurang2 nya memberikan tentangan hebat kepada Lin Dan. Tapi first2 sekali aku check result, 21-12 21-8, aku rase amat kecewa kerana dari result tu dah menunjukkan Lin Dan menang dengan begitu mudah dan seperti tiada tentangan dari Lee Chong Wei. Set kedua, Lee Chong Wei hanya mendapat 8 point sahaja. Sorry to say, dengan status pemain no. 2 dunia, Lee Chong Wei sepatutya mampu menunjukkan perbezaan tahap permainan yang mampu menyaingi Lin Dan. Jika dilihat dari segi skill dan taktikal, memang kelebihan pada Lin Dan dan ape saje yang dilakukan oleh Lin Dan nampak menjadi menyebabkan Lee Chong Wei tenggelam dengan kesilapan demi kesilapan, tetapi dalam keadaan seperti itu, bagi aku Lee Chong Wei perlu mempunyai semangat juang yang tinggi untuk menyaingi pemain seperti Lin Dan. Sekurang-kurangnya, kalah dengan melawan dan tidak memberikan kemenangan mudah kepada Lin Dan.

Aku teringat bagaimana salah seorang pemain badminton negara yang mempunyai semangat tinggi dan kental iaitu Foo Kok Keong, di mana beliau sanggup melakukan ape sahaja dan memberikan yang terbaik pada setiap perlawanan. Antara yang aku tak boleh lupa semasa Malaysia menjulang Piala Thomas tahun 1992, beliau sebagai perseorangan kedua memberikan mata ke-2 buat Malaysia.





Jadi Lee Chong Wei seharusnya mempunyai semangat yang lebih tinggi lagi untuk menyaingi pemain2 handalan seperti Lin Dan. Walaubagaimana pon.. pingat perak sudah cukup baik buat Malaysia daripada pulang dengan tangan kosong. Syabas buat Lee Chong Wei kerana yang pasti bukan satu tugas yang mudah untuk sampai ke peringkat akhir dalam Sukan Olimpik 2008. Namun bagi aku, Malaysia perlu melihat bahawa negara2 Asia Tenggara yang lain seperti Thailand, Indonesia dan Vietnam mempunyai pencapaian dan pungutan pingat yang lebih baik serta sudah berjaya memperolehi pingat emas pada Olimpik 2008 ini. Yang pastinya, rakyat Malaysia juga mahu melihat pingat emas itu mampu dibawa pulang ke tanah air kita suatu hari nanti. Bila..??? Ntah la... Kita asyik melaung2 kan "Malaysia Boleh... Malaysia Boleh..." tapi sampai sekarang tak boleh2 jugak lagi... hehehe....




Boleh tengok ulasan dan sebahagian aksi perlawanan Lee Chong Wei dan Lin Dan di sini.

1 comment:

Arin said...

zaman foo kok keong, razif+jalaini sidek, cheah soon kit..mmg aku rasa zaman kegemilangan badminton..time tuh seronot gile tgk ..