Monday, August 3, 2009

NEWCASTLE UNITED.... 2009 / 2010 season with Coca Cola Championship (CCC)...



Season baru EPL 2009 / 2010 dah nak start tak lame lagi... tapi sedih la skit pasal team favourite aku, Newcastle United yang memang aku sokong dari kecik dah tak de main dalam EPL lagi... pasal last season main teruk sangat sampai terpaksa relegate ke liga bawah yang sekarang nih dikenali sebagai Coca Cola Championship (CCC).... Tak EPL2 lagi dah kalau aku nak follow perkembangan team favourite aku nih...

So.. ape perkembangan dieorang untuk musim baru ni... bagi aku... sangat teruk. Masalah dalaman yang teruk yang dan macam2 masalah lain lagi yang masih belum dapat diselesaikan oleh pemilik Newcastle United sekarang, Mike Ashley yang telah berjaya men'jahanam'kan antara kelab terbesar dalan sejarah EPL. Ashley sepatutnye sudah menjual Newcastle lebih awal lalgi kerana tindakan beliau menlambat2kan proses ni... menyebabkan Newcastle 'stuck'. Segala urusan dan perancangan tergendala selagi Newcastle United tidak mendapat pemilik baru.... sedangkan sudah banyak pihak yang menyuarakan hasrat untuk membeli kelab ini, termasuk la satu khabar angin yang mengatakan bahawa sebuyah konsortium dari Malaysia pon nak beli kelab ni..

Tapi sampai sekarang Mike Ashley masih belum mahu melepaskan Newcastle United kepada pemilik baru... Keadaan ini menimbulkan banyak masalah, dan antara yang penting... Newcastle tiada manager yang sepatutnya menguruskan pemain2, urusan jual beli pemain dan kontrak pemain masih tak boleh dilakukan, perancangan & persediaan untuk menghadapi musim baru dgn CCC masih tergendala sedangkan pasukan lain sudah lame bersedia untuk musim baru ni. Kalu keadaan ni berlanjutan..., memang impian nak tengok Newcastle promote semula ke EPL mmg berkubur la... Semuanye tak kene semenjak Mike Ashley beli Newcastle....

Alan Shearer, antara nama yang disebut layak untuk isi jawatan manager Newcastle tapi dengan keadaan sekarang... Shearer tak mahu sain ape2 kontrak selagi Newcastle tak dapat pemilik baru.. Sekarang Newcastle hanya diuruskan oleh first team coach Chris Hughton.. Pemain2 pula... terutama pemain ternama pasti tak akan bermain dengan Newcastle United... hanya menunggu kontrak mereka habis... atau.. tunguu nak berpindah ke kelab lain... Newcastle pasti menanggung kerugian yang banyak dengan kehilangan pemain2 utama mereka yang bertaraf bintang.... Michael Owen telah menyebabkan Newcastle rugi lebih kurang 18 juta pound.. apabila kontraknya habis dan die telah pon berpindah ke Manchester United dengan F.O.C aje... Yang pasti lebih ramai pemain bintang lain akan mengikut jejak langkah Owen... Yang terbaru.. Obafemi Martins telah pun setuju berpindah ke Wolfsburg, kelab juara Liga German musim lepas. Pemain bintang lain seperti Mark Viduka, Damien Duff, Fabricio Coloccini, Sebastien Bassong, Joey Barton, Geremi, Kevin Nolan, Alan Smith, Jonas Gutierrez & Xisco.... confirm nak blah punye... Newcastle sure tak de budget nak bayar gaji dieorang yang tinggi2 belaka tu...

Walaupon Newcastle tak lagi main dalam EPL musim baru nih... that mean... kurang liputan untuk team favourite kau nihi... aku tetap follow perkembangan dieorg kat CCC... Harap2 dieorang ter'follow' nasib team yang pernah hebat dan sekarang jatuh teruk macam Leed United, Wimbledon, Nottingham Forest or Derby County... I still follow some of Newcastle friendly game... tapi result die not so good... so harap2...dengan preparation yang kelam-kabut ni... Newcastle dapat go through this season dengan baik... This weekend liga CCC akan bermula... dan Newcastle akan menghadapi team yang sama2 relegate dari EPL musim lepas, WBA....

Newcastle jersey for 2009 / 2010 season.., still maintain belang hitam putih tapi... second / away jersey... kaler kuning..???!!! Memang ramai kate kaler tu tak best langsung.... Plus kat lengan dah jersey keen pakai CCC punye logo.... huhuhu...

Newcastle 2009 / 2010 Home / First Jersey

Newcastle 2009 / 2010 Away / Second Jersey

2 comments:

Unknown said...

tukar la team ko...ambik team power skit

Gazza said...

mane buleh.... die hard fan mane buleh berpaling tadah.... still ade harapan.... kalau teruk sgt..baru aku tukar team.... hahahaha..