Monday, December 27, 2010

Piala AFF SUZUKI 2010 (Perlawanan Akhir 1) : HARIMAU MALAYA benam Garuda di laman sendiri


MALAYSIA 3 (Safee Sali 61' 73', Ashari Samsudin 68') - 0 Indonesia : Keputusan yang ditunggu2 dan diharapkan oleh penyokong2 bolasepak tempatan dari skuad bolasepak Malaysia. Kemenangan yang amat bermakna buat skuad Malaysia yang dibelasah oleh Indonesia semasa perlawanan pembukaan peringkat kumpulan 5-1, terbalas jua dan memastikan peluang untuk memenangi piala AFF Suzuki pada tahun ini amat cerah. Dengan mempamerkan corak permainan yang mantap serta semangat dan keyakinan yang tinggi, para pemain Malaysia berjaya menyerap asakan dan serangan dari pemain2 Indonesia. Malah pemain2 Indonesia juga kelihatan tenggelam dan kehilangan rentak serta gagal menyerap tekanan dan sorakan dari penyokong2 Malaysia yang memenuhi stadium malam semalam.

Barisan pemain Malaysia vs Indonesia : (Berdiri dari kiri) Mahalli, Safee, Nurshahrul Idlan, Amirulhadi, Fadlhi, Khairul Fahmi (GK), Muslim (Duduk dari kiri) Amar, Asraruddin Putra, S. Kunanlan, Safiq

Separuh masa pertama, pemainan agak seimbang dengan kedua2 pasukan mempunyai peluang untuk menjaringkan gol. Pada awal permainan, Indonesia bermain agak baik dan lebih banyak menyerang ke arah pintu gol Malaysia. Namun apabila banyak percubaan mereka gagal menghasilkan gol, Indonesia mula goyah terutama dibahagian tengah. Penyerang import harapan Indonesia, Gonzales juga dikawal ketat oleh pertahanan Malaysia. Mental pemain2 Indonesia juga semakin merosot dan ade pemain yg kelihatan gugup menyebabkan mereka banyak membuat kesilapan2 yang memberikan peluang pemain2 Malaysia untuk mejaringkan gol. Keyakinan pemain2 Malaysia semakin tinggi apabila dapat mengawal lebih banyak bola di akhir2 separuh masa pertama.

Safee Sali mengawal bola dari pemain Indonesia, Zulkifli

Separuh masa kedua, Malaysia bermain semakin baik dan mula menggasak pintu gol Indonesia. Tetapi Indonesia hampir didepan apabila Gonzales berjaya menjaringkan gol 3 minit selepas separuh masa kedua bermula tetapi tidak dikira kerana offside. Perlawanan terhenti seketika pada minit ke-53 apabila penjaga gol Indonesia, Markus mendakwa diganggu dengan 'laser pointer' oleh penyokong Malaysia. Disini lah detik pemain2 Malaysia mula menguasai perlawanan dan pada minit ke-61, bermula dari gerakan cantik Nurshahrul Idlan dari sebelah kanan yang berjaya mencuri bola dari pemain Indonesia. Hantaran lintang ke tengah berjaya disudahkan oleh Safee Sali dengan disambut sorakan gemuruh dari penyokong2 Malaysia meraikan gol pertama Malaysia. Dengan gol itu, pemain2 Indonesia mula hilang fokus dan tumpuan. Keadaan ini memberi peluang kepada Malaysia untuk terus menyerang dan pada minit ke-68, sekali lagi dengan gerakan yang hampir sama, hantaran lintang disudahkan oleh pemain gantian, Ashari Samsudin dengan tendangan padu yang gagal ditepis kemas oleh Markus. 2 Gol Indonesia kelihatan lebih goyah, tahap keyakinan pemain2 Malaysia semkain tinggi dengan hantaran serta kawalan bola yang kemas. Hasilnya, 5 minit kemudian satu hantaran tinggi dari Mahalli berjaya ditandukan kemas ke gawang gol oleh Safee Sali yang tidak dikawal langsung oleh pemain pertahanan Indonesia. Indonesia cuba mendapatkan gol disaat2 akhir perlawanan, memasukkan Bambang Pamungkas menggantikan Gonzales namun masih gagal mendapat sebarang gol hingga ke wisel penamat. Keputusan ini bermakna Malaysia mempunyai peluang cerah apabila bertandang ke Indonesia untuk perlawan akhir kedua pada Rabu nanti. Pujian untuk semua pemain Malaysia yang bermain dengan baik.

Safee Sali menjaringkan gol pertama Malaysia....

Safee Sali gembira meraikan gol pertama bersama Nurshahrul Idlan dan Safiq
Bola hasil rembatan cantik Ashari Samsudin menerjah jaring untuk gol ke-2 Malaysia.

Ashari meraikan jaringan gol nya bersama S. Kunanlan

Tandukan cantik dari Safee Sali menghasilkan gol ketiga buat Malaysia

Diharap pemain2 Malaysia akan mengekalkan permainan mantap serta semangat juang tinggi apabila bermain di Jakarta nanti. Malaysia sudah bermain di Jakarta sebelum ini, jadi para pemain pasti sudah dapat menyesuaikan diri dengan keadaan stadium serta mampu menyerap tekanan dari penyokong Indonesia yang sudah pasti membanjiri setiap ruang stadium mereka di sana. MALAYSIA BOLEH...!!!!!!.

Sultan Pahang mencemar duli bersama Menteri Belia & Sukan, Datuk Ahmad Shaberi Chik turun ke padang untuk meraikan kemenangan bersama2 pemain2 Malaysia...

AFF Suzuki Cup... Adakah piala ini akan jadi milik Malaysia tahun ini...???

P/S : Terima kasih kepada pihak RTM yang menyiarkan secara langsung perlawanan tersebut. Sepatutnya macam ni lah baru rakyat Malaysia menyokong bolasepak kita. Lebih ramai rakyat Malaysia dapat tengok. Diharap RTM akan terus menyiarkan lebih banyak perlawanan pasukan kebangsaan kita dimasa akan datang. Selain dari itu juga.. peningkatan penyokong2 Malaysia ke stadium juga pasti suatu petanda baik buat bolasepak Malaysia. Pasti bersemangat nak ke stadium dengan keadaan pasukan kebangsaan sekarang. Tak semestinya nak menang sentiasa tapi nak tengok Malaysia mampu bermain dengan baik setaraf dengan pasukan2 baik yang lain. Semangat melawan yang penting..!!!!!!!!

3 comments:

Gazza said...

good game... harap2 Malaysia mampu bermain dengan baik juga di Indonesia nanti... MALAYSIA BOLEH....!!!!!

Anonymous said...

Your mode of telling everything in this article is in fact pleasant, every one be capable
of easily know it, Thanks a lot.

My website :: Dragons rise of berk hack

Anonymous said...

真人秀场跳舞聊天室 , 大尺度真人秀场聊天室 , 网页真人秀场聊天室 , 深圳真人秀场聊天室 , 293真人秀视频聊天室 , 夫妻真人秀聊天室 , 真人秀视频聊天室 , live173视讯影音live秀 , live173影音视讯live秀 , live173点数