My Little Princess....

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Monday, January 21, 2008

Kereta.....

Last year aku beli kereta, setelah sekian lama aku asyik dengan motor kapcai (KRISS), akhirnya dapat jugak aku beli kereta. Member2 lain dah pakai macam2 kereta, ade yg dah habis bayar pon duit kereta, aku dah umur 30 ni la baru merasa pakai kereta sendiri. Kalau tak sebelum ni asyik meminjam kereta orang aje. Nak balik kampung pon kena tumpang orang, bosan dah aku asyik tumpang orang. Masa mula2 nak beli tu aku bagi tau Liza, suka la dia pasal dah lama asyik kena naik motor kapcai kalau keluar dengan aku. Jadi mula la aku dengan Liza memilih kereta apa nak dibeli. Mula2 aku nak beli Myvi, time tu Myvi SE baru keluar. Tapi bila pergi tanya untuk booking kereta tu, kena tunggu 4 bulan untuk dapat kereta. Lama sangat la pulak, jadi kitaorang survey la kereta lain. Kebetulan pulak Liza kerja dengan Sime Darby, jadi dia pon survey la kereta2 yang under Sime Darby (Hyundai, Ford, Alfa Romeo, BMW). Kebetulan pulak memang time tu Hyundai tengah buat clearance stock 2005. Aku dengan Liza terus pergi ke showroom Hyundai kat Glenmarie Shah Alam. Liza dah pilih nak beli Hyundai Matrix atau Getz, aku tak kisah sangat asalkan Liza suka kereta tu. Tapi sebenarnye pada awalnya aku memang tak suka dengan Hyundai Matrix dari dulu lagi, design dia memang pelik, aku tak berapa berkenan (siap kutuk lagi..aku cakap bile bawak kereta tu nampak siku pasal cermin tingkap die besar & rendah...hehehe...). Tapi bile salesman tu bagi testdrive, tak sangka pulak bawak Matrix ni memang best la, smooth & senyap, suspension pon best. Lagi satu memang spacious, dari luar kereta ni nampak kecik..... tapi dalam die besar & luas. So, besoknya aku dengan Liza terus bagi duit untuk booking kereta tu & kiteorang pilih gear manual (pasal aku dah research kalau pakai automatic fuel consumtion lagi banyak). Yang untungnya, sebab time tu clearance stock, kiteorang beli dapat diskaun banyak la jugak, dalam RM 12000 + kereta ni fully imported (Hyundai bukan Inokom). Salesman tu kate time tu cuma tinggal 3 aje stock untuk Hyundai Matrix manual, 2 kaler maroon 1 kaler kelabu. Liza pilih kaler maroon pasal die suka kaler tu, aku tak kisah kaler apa pon asalkan Liza suka. Jadi bulan April 2007, aku dapat kereta tu. Lagi satu, no. plat kereta ni sama dengan kereta Liza (Daihatsu Espri), 7707. Liza yang beriya2 nak no plat kereta kitaorang sama + dia memang suka nombor tu, lagi pon OK la.... ade makna nya jugak no plat tu, (19)77 tahun kiteorang lahir, (20)07 aku dapat beli kereta tu. So, selama aku pakai kereta ni, puas hati la, bawak long distant memang best, lagi pon kereta ni sesuai untuk family la sebab spacious. Elok la sebab aku pon nak kawen nanti tak lama lagi.




Yang terbaru ni, Liza beli kereta baru nak gantikan kereta Daihatsu Espri yang dah agak lama tu. So, hari Jumaat lepas dia dah dapat kereta baru tu, Naza Suria (kaler orange). Seronok dia dapat kereta baru tu walaupun sebelum tu banyak la jugak cabaran dan peristiwa yang kitaorang kena lalui untuk beli kereta tu. Setelah berbincang dan dipertimbangkan semasak-masaknya, akhirnya aku dan Liza setuju untuk beli kereta tu. Kereta Daihatsu Espri tu nak jual, tapi sebelum tu Liza nak tranfer no platnya ke kereta baru dia pasal nakkan no plat sama, 7707.



So, nak dijadikan cerita, dari takde kereta sekarang dah ade 2 kereta. Perghh.... pening jugak memikirkannya.. yelah, nak jaga..., maintanance.., bulan2 nak bayar.., duit minyak + tol + parking (nasib baik aku pergi keje masih pakai motor lagi...). Pas tu dua2 kereta compact car & made in Korea..., hehehe. Campur dengan kereta Daihatsu Espri tu, sementara nak tunggu orang beli, kena jaga jugak. Lepas ni kalau ade rezeki, kiteorang nak beli rumah pulak. Memang la kita hidup zaman sekarang ni penuh dengan beban hutang aje. Hmmm....tapi fikir2 balik, tak pe lah.., aku fikir positif ajer.., sesuatu yang jadi tu ade hikmahnye. Jodoh pertemuan dan rezeki kita tuhan yang tentukan. Yang penting kita berusaha dan sabar hadapi semua dugaan. Semoga aku dan Liza akan kawen tahun ni.., dan semoga tuhan murahkan rezeki kitaorang berdua, Insyaallah.....

3 comments:

toskine said...

Fuiyoooo... masing2 dah pakai kete ni.. peh pehhh pehhhh...

Anonymous said...

baby,
esok jgn lupa..kata nak pegi movie!!..i love you muahmuahmuah!!!
pastu hari rabu ni mandikan buda'2 tu..bagi ubat kutu n bitamin dia tau..
suruh boboy tuu pegi kucil kat bilik air..jgn pukul2 dia..

buja said...

ye la, raja... peh peh pehhhhh