Saturday, January 5, 2008

Hari malang.....

Semalam memang hari malang buat aku. on the way nak balik keje dalam keadaan hujan aku terjatuh. agak teruk jugak la la...pasal kepala aku jatuh dulu. Nasib baik aku tak pengsan time tu, boleh bangun sendiri. Isk.... memang sakit giler time kene tu, plus dahi aku start bengkak teruk time tu. Time tu macam pop-up dlm kelapa aku, takut seriuos injured kat kepala aku ni. Aku balik jugak ke rumah naik moto aku, time tu bwk slow2 aje, takut pe2 hal lain lak jadi. Aku sampai jugak ke rumah, Liza call mcm biase, masa tu aku citer kat die, risau + panik dia. Immediately dia rush balik dari opis dtg ke umah aku, time tu die sempat call member lain, Ja & Raje bagitau minta tolong. Lepas tu, Ja & Raja call aku tanya keadaan aku cam ner. Call Mael tanye aku punye insuran cover tak injury aku ni. Liza sampai tak lame kemudian, panik die tengok dahi aku bengkak teruk. Terus dia bawak aku pergi hospital. Ja dgn Blong dah tunggu kat Hospital Ampang Puteri.

Sampai kat hospital aku terus masuk ke emergency entrance. Liza pergi parking keta. Mase tu Ja & blong datang jumpe aku, Liza sampai kemudiannya. Kejap lepas tu, aku masuk untuk check-up, specialist doktor dtg check dahi aku. Then die cakap kat aku, tak de serious injury pada kepala aku, tapi die kene keluarkan darah pada bahagian yang bengkak tu. Doktor tu cucuk dahi aku untuk keluarkan darah tu. Sakit? Memang la sakit, doktor tu siap tekan2 lagi push darah tu kuar. Aku lelap mata aje tahan sakit. Bile dah selesai, doktor tu bagitau kat aku, die kate dahi aku akan bengkak dan akan melarat ke mata dalam masa 2 hari ni, tapi katanya tak perlu risau sangat pasal tu, bengkak tu akan surut slow2 nanti. Kalau hari isnin ni aku still rasa pening lagi atau loya rasa nak muntah, aku kene datang untuk buat check-up seterusnya. Ok, at least bila die kata takde seriuos injury lega dah hati aku, kalau tak risau jugak. Lepas tu die tekap dahi aku dgn bende sejuk (ape tah name dia, aku lupa). Dekat sejam lebe la jugak aku kat dalam bilik treatment tu.

Then, lepas tu aku dah boleh keluar untuk amik ubat. Nasib baik tak kene duduk ward, aku tak suke duduk ward, bosan giler. Kat luar, Liza tolong aku nak ambil ubat and settlekan bil. Ja & blong tunggu same, Raja pon dah sampai masa tu. Dia orang sume tanye la ape jadi, aku citer la. Raje sempat amik gambar aku dgn dahi bengkak tu. Kiteorg pegi mkn lpas tu, aku dengan selamba aje gi mkn dgn dieorg, siap leh gelak2 lagi. Nasib baik takde rase sakit sgt. Lepas tu balik, Raja tlg hantarkan Liza pergi amik kereta kat bukit Jalil. Aku ikut Raje balik umah pasal sume orang suruh buat cam tu takut ape2 jadi malam tu nanti. Sampai kat rumah Raja, aku dah tak larat, ngantuk giler. So, aku makan ubat then terus aje tidur.

Pagi ni bangun, mata aku dah bengkak, tak boleh bukak. buruk benar rupa aku dengan dahi bengkak ni. Macam elien dalam citer Star Trek. Raja hantar aku balik rumah pagi tadi. Sampai rumah aku online, member lain, Areen, Dell, Ja mula tanye keadaan aku.So, skrg aku kat rumah, petang nanti Liza datang bawakkan makanan. Kesian dia, risau dia tengok aku cam ni, pagi2 tadi dia dah call tanye keadaan aku.

So, thanx a lot to all my good friends for concern about me. Korang sume memang ada setiap kali aku memerlukan korang. Thanx to Ja & Blong coz datang temankan aku semalam kat hospital. Thanx to Raja coz sanggup ajak aku tido rumah die & jaga aku malam tadi. Thanx to Areen & Dell coz bertanye keadaan aku. And to my love Liza, you always beside me when i need you & thanx a lot for everything.

3 comments:

Anonymous said...

Iskk... dun mention bout being where u are or doing wat eva for u k... We all luvs u and hope u'll get well soon...

Arin said...

uit..kabare wak?sudah ok?

Anonymous said...

maybe that day wasnt your day, and today's not mine. dunno who's next. but lets jz pray hard for EVERYthing to turn out well.. amin :)