My Little Princess....

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Friday, March 14, 2008

My MAT SALEH friend....



TILO..., tu la nama kawan 'mat saleh' aku dengan Liza, asal dari Leipzig, German. Dia sekarang ada kat Malaysia, duduk kat rumah aku.., kira dah jadi housemate aku dari bulan Januari tahun ni. Ni dah kali ke 3 dia datang Malaysia. Sekarang ni Malaysia dah macam negara no. 2 dia. Suka sangat dia dengan Malaysia ni.., hampir setiap tahun dia akan datang sini. Lepas ni mesti lagi kerap dia datang, pasal dia dah dapat 'girlfriend' pulak sekarang ni, orang Malaysia (chinese girl dari Terengganu, keje kat KL). Kalau tanya dia apa yang dia suka sangat kat Malaysia ni, jawab dia first sekali "MAKANAN BEST". Ye la, mana tak nya, kat sini makanan ada macam2, banyak pilihan pulak tu, 24 jam boleh makan, murah pulak, mana la tak suka dia. Dia cerita kalau kat negara dia, tak de la bende lain yang di makan, asyik2 roti kentang, roti kentang (kalau aku pon bosan jugak, hahahahah.....). Antara makanan favourite dia kat Malaysia ni, roti canai (boleh tak..?? aku pon tak faham) cicah dal sambal, pas tu kalau makan nasi campur.., mesti nak ade ikan keli + sambal belacan dengan ulam (aku pon tak makan ulam..) & tomyam..... lagi pedas lagi dia suka. Dia makan nasi pakai tangan, kalau makan dengan dia mesti orang lain jeling2 aje kat meja kiteorang... pelik kot tengok mat saleh makan pakai tangan. Pas tu dia tengok aku pakai kain pelikat, dia pon nak pakai jugak (hahaha...mat saleh pakai kain). Lagi satu cam biasa la, mat saleh mesti kata Malaysia ni cantik la, banyak tempat boleh pergi, tambahan pulak cuaca kat Malaysia yang sederhana, tak panas, tak sejuk. Kata dia, tak macam kat negara dia, kalau sejuk tu, sejuk yang amat (winter), kalau musim panas cuaca amat kering, tak macam kat Malaysia, panas lembab.


Camne aku boleh kenal Tilo ni....?? Aku rasa tak yah la citer panjang2, faham2 aje la pasal internet ni. Dia fasih cakap English pasal dulu dia belajar kat US, bahasa melayu pun dia boleh cakap sikit2 & dia faham kalau dengar kita cakap melayu (kalau aku kutuk dia pon dia tau..hahaha). Umur dia tua setahun dari aku. Dia punye rajin nak belajar bahasa melayu, abis majalah & komik dia cuba baca, tengok drama melayu kat tv. Aku yang selalu dengan dia pon tak reti cakap bahasa German, skit2 yang senang tu ingat la mcm "Danke" (Thank you) & "Guten Morgen" (Good Morning) tu boleh la jugak cuba2 cakap. Keje dia.., freelance dalam bidang IT & multimedia (pasal dia suka keje sendiri), website, portal, photography, video & yang latest dia dapat project buat iklan McDonald (German punye iklan, bukan Malaysia). Antara website yang dia develop;
http://www.backpackingmalaysia.com/

http://www.redpalm-kl.com/
so boleh la tengok websites tu, kalau berminat nak suruh dia buat website ke, portal ke, boleh contact aku (hahaha..., iklan free la pulak). Kat Malaysia ni pun dia ada share dengan backpacking guest house Red Palm, antara sebab dia selalu datang sini. Lagi satu, Tilo ni salah seorang ahli (guitarist) dalam punk rock band kat German, Fifty50 nama band dia, lagu2 dia sume punk rock punye lagu la, kalau nak dengar boleh gi kat myspace band dieorang ;


http://www.myspace.com/fifty50


Aku dengan Tilo ni boleh ngam pasal banyak bende yang kiteorang sama2 suka & bleh kongsi sama2. Kiteorg kaki komputer so pasal IT, multimedia & graphic kiteorang share sama2. Kiteorang sama2 minat bolasepak (EPL, Bundesliga, European Champion League) yang kalau kiteorang berburak memang tak habis sampai pagi. Kalau nak makan pon dia sanggup tunggu aku supaya boleh pergi sama2. Lagi satu Tilo ni suka tengok cerita P. Ramlee, sampai dia ada collection sendiri VCD filem2 P. Ramlee (aku pon takde...hehehe).

So, Tilo akan balik ke German akhir bulan April ni dan hopefully dia akan datang semula ke Malaysia tahun depan. Dia dah banyak kali datang Malaysia & aku harap satu hari nanti dapat pergi ke German pulak tengok tempat dia. To Tilo.., you are really good friend & I hope we can be friend 4ever. Thank U for be one of my good friends....

6 comments:

Wani said...

Wahh gazza, ada kawan org German...bestla ek..next time bila pegi German...ko tggl umah dia laks kan...

Say Hi to your German friend for me ok

Hi Tilo

dell said...

hi tilo! welkommen! hehehe

She is Graphic Addicts said...

wah..kawan mat salleh. ehe..best nyer. ade pgalaman baru lo. abg ajau ler mat saleh tu adat istiadat melayu. tgk tpt2 bersejarah. lagi la die berminat nak dtg malaysia.kekeke;p

Tilo said...

thanks for being my malaysian brother too and for all your help. nanti jom pergi ke michael's, makan roti canai hehee
hello kepada kawan2 gazza juga...

John said...

Gazza, Tilo is here at Red Palm. Misbehaving as usual!

She is Graphic Addicts said...

a.ah..sumer betul sekali.. wakakaka kelakarnyer baca komen abg ni..macam inpektor polis yang menanya soalan dengan satu nafas jer.
kekekeke....betul-betul cowok saya tu nama dia khairul anwar. ade kelisa. ade 3 org kakak. mak dia keje jkr tinggal kat ampang hilir. huhuhu nak beli kambing eh..tanya tokeh dulu k. kekeke;p