
Ada kawan2 aku yang tak puas hati dengan tempat dieorang kene mengundi. Macam Liza dia kena mengundi dekat Pandan Jaya, Kuala Lumpur, dia kata nak mengundi dekat kampung dia, Melaka. Tapi sebab dia register dekat Kuala Lumpur, kena la mengundi kat Kuala Lumpur jugak. So, aku ada dapat info dari SPR, sape2 yang nak tukar tempat mengundi, kena pergi tempat ikut alamat kat MyKad (kad pengenalan). Kalau macam Liza nak tukar tempat mengundi kena pergi SPR Melaka pasal alamat MyKad dia Melaka. Proses nak tukar mengambil masa 6 bulan (pe ke hal nya la yang lama sangat nak tukar bende tu...???!! Aku pon tak faham..). Sapa2 yang baru nak daftar, kena la tengok alamat dekat MyKad, lepas tu pergi la register dekat SPR negeri ikut dalam MyKad tu. Kalau Selangor dengan Kuala Lumpur, boleh pergi ke SPR di Putra Jaya.
Sepanjang bulan yang sibuk ni, aku dah 3 kali ulang alik balik Melaka. Sibuk dengan sepupu aku kahwin, terima kasih kepada Raja pasal tolong jadi photographer masa majlis tu (gambar2 ko amik memang cantik). Kat sini pulak sibuk melayan member mat saleh aku tu, macam2 la tolong dia, beli komputer (dia nak buat kerja), komputer tu problem, tolong settlekan pulak problem komputer tu (pening la jugak aku melayan problem ni). Liza pon jarang jumpa, bulan ni dia sibuk dengan macam2 HR funtion Sime Darby. Kawan2 lain pon semua agak busy, Blong masih sibuk dengan Audit die (akauntan cam tu la bila awal tahun...hehehe). Ja dan Arin sibuk dengan spa dieorang. Raja pulak 'terpaksa' sibuk dengan keje opis dia sekarang ni, balik rumah pon tak tentu pukul berapa. Dell pon nampaknya macam busy jugak. Mael macam biasa, busy dengan business Travel Agency dia. So, aku pon kena la join dieorang semua ni busy... hehehe. Tak pe la...., nanti bile semua dah tak busy, kita jumpa reramai lagi, mesti seronok macam masa aku baru keluar hospital dulu.
Aku ingat nak start balik la bersukan, dah lama tak bersukan pasal semua orang busy, so tak de geng nak bersukan. Sebelum ni main badminton, tapi bila ramai tak datang, tak cukup korum nak main, terus tak main dah sampai sekarang. Jadi aku ingat nak main pingpong la, tak ramai pon boleh main jugak, 2 orang ade cukup la, dah boleh main. Kat mana agaknya boleh sewa tempat main pingpong...???? Nak kena carik ni....mesti ada.
Kepada Ja, aku ucapkan takziah kerana datuk dia baru meninggal dunia (Innalillah...). Semoga roh nya dicucuri rahmat dan di tempatkan dengan orang2 yang beriman..... Amin. Ja, harap bersabar dan tabah menghadapi dugaan ini. Aku dan kawan2 lain turut bersedih (we always be with you...).
Until next time..., SELAMAT MENGUNDI....!!!!
3 comments:
uiks, mana p blog ko pasal sekolah tuh... patutlah komen ku tak diterima... awat delete?
aku nak mengundi jugak... hehe...
undilah barisan alternatif.... kalau nak main badminton cakap la..tapi jgn sound last minute...susah nak arrange skit.
Post a Comment