Wednesday, July 30, 2008

Fantasy Premier League...


So..., EPL dah nak start.., sape yg berminat nak main Fantasy Premier League, jom register untuk musim 2008/09. Aku dah 2 musim main Fantasy Premier League ni..., seronok jugak. Cara main senang aje.., register.., create 1 team sendiri (dgn name team sekali...), pas tu pilih la pemain2 yang korang suka untuk masuk dalam team anda.. Suka hati la nak pilih pemain mane pon... tapi kene ingat.., setiap pemain ade harganye (antara 3 - 15)... dan budget yg diberi hanya 100.. hahaha (part ni memang akan memeningkan kepala korang... hahaha..). Musim baru ni, pemain paling mahal untuk Fantasy Premier League adalah Cristiano Ronaldo.., 14 harga die... mahal tu...

Untuk team korang nanti... perlu pilih 2 goal keeper, 5 defender, 5 midfielder dan 3 striker. So, yang main hanya 11 pemain aje.., 5 lagi jadi pemain simpanan. Formasi terserah pada anda tentu kan... nak main 4-4-2 ke.., 3-4-3 ke..., 4-3-3 ke.., 4-5-1 ke.., atau 3-5-2 ke... Pemain mane akan main.. korang la tentukan sendiri nanti.. Setiap pemain akan dpt point jika mereka main pada setiap perlawanan, point tambahan dapat.. mengikut pemain punye posisi, contohnya.., kalau striker score gol dapat extra point, midfielder assist.., dapat extra point.., gol keeper save.., dapat extra point.. Ade jugak point yang kene tolak.. contohnya kalau pemain korang kene kad kuning atau merah.. Korang kene select kapten pasukan korang nanti. Yang bestnye... kapten yang korang pilih tu.., point dia akan di'double'kan.. so, pandai2 la pilih. Setiap minggu boleh jual dan beli sorang pemain dalam team masing2. kalau nak jual lebeh pon boleh tapi kene tolak point. Harga pemain pulak akan berubah-ubah ikut prestasi masing-masing. Banyak lagi la... kalau nak citer, so.., korang bace la sendiri kat website Fantasy Premier League tu.


So, kalau berminat..., boleh register kat website Fantasy Premier League. Just main suka2 aje..

Tuesday, July 29, 2008

My first 3D exterior perspective view....

Teringat balik first2 aku buat 3D exterior perspective view... aku buat Air Terminal baru kat Pulau Redang. Before that..., aku byk buat untuk perspective view interior design. So banyak jugak aku kene belajar untuk setting rendering exterior view.., which is agak berbeza dgn setting interior. So.., ini lah hasilnya (tak de la cantik sangat... hehehe).., itu pon banyak dari tunjuk ajar bro. Khairul (senior designer kat tempat aku keje...) especially untuk touch up view (guna Photoshop) untuk jadikan scene lebih realistik dengan lanskap, orang, background, awan & langit dan lain-lain. Contohnya.., view yang first, asalnya macam ni aje rupanya after rendering process..


Lepas tu bile dah touch up, jadi cam ni.... hehehe...



So.., yang ni 2 scene lagi yang dah siap touch up... ini la hasilnya...



Actually.., until now banyak lagi aku perlu belajar untuk dapatkan hasil rendering dah touch up yang lebih menarik. So, until now still in progress untuk improve hasil kerja aku.. Hopefully boleh share dengan korang sume ape yang aku dah buat...

Thursday, July 24, 2008

What color is yours..??!!

Dapat dari email yang adek aku send, best jugak layan bende2 ni... hehehe.. Tapi just suke2 aje.. bukan nak percaya 100% pon.. cuma sometime ade jugak yang kene / sama.. So.. check sendiri korang kaler ape base on tarikh lahir.. then tengok la sendiri personaliti korang ikut kaler korang tu... hehehe.. banyak ke yg betul..??

Before that biar aku check dulu aku kene kaler ape..?? huhuhuhu... kaler OREN...

OK.. check kaler kat sini dulu... :


  • 23 hingga 1hb Disember - Merah

  • 2 hingga 11hb Januari - Oren

  • 12 hingga 24hb Januari - Kuning

  • 25hb Januari hingga 3hb Februari - Merah jambu

  • 4 hingga 8hb Februari - Biru

  • 9 hingga 18hb Februari - Hijau

  • 19 hingga 28hb Februari - Perang

  • 1hb Februari hingga 10hb Mac - Aqua (Biru kehijauan)

  • 11 hingga 20hb Mac - Lime

  • 21hb Mac - Hitam

  • 22 hingga 31hb Mac - Ungu

  • 1 hingga 10hb April - Biru

  • 11 hingga 20hb April - Perak

  • 21 hingga 30hb April - Putih

  • 2 hingga 14hb Mei - Biru

  • 15 hingga24hb Mei - Emas

  • 25 hingga 3hb Jun - Krim

  • 4 hingga13hb Jun - Kelabu

  • 14 hingga 23hb Jun - Maroon

  • 24hb Jun - Kelabu

  • 25 hingga 4hb Julai - Merah

  • 5 hingga 14hb Julai - Oren

  • 15 hingga 25hb Julai - Kuning

  • 26hb Julai hingga 4hb Ogos - Merah jambu

  • 5 hingga 13hb Ogos - Biru

  • 14 hingga 23hb Ogos - Hijau

  • 24hb Ogos 2hb September - Perang

  • 3 hingga 12hb September - Aqua (Biru kehijauan)

  • 13 hingga 22hb September - Lime

  • 23hb September - Olive

  • 24hb September hingga 3hb Oktober - Ungu

  • 4 hingga 13 Oktober - Biru

  • 14 hingga 23hb Oktober - Perak

  • 24hb Oktober hingga 11hb November - Putih

  • 12 hingga 21hb November - Emas

  • 22hb November hingga 1hb Disember - Krim

  • 2 hingga 11hb Disember - Kelabu

  • 12 hingga 21hb Disember - Maroon

  • 22hb Disember - Teal

So.. dah tau kaler korang.. ?? Check personaliti korang plak... tengok... baper byk yang betul.. hehehe...

MERAH
Selalunya mereka yang mewakili warna merah yang garang ini seorang yang comel dan disayangi ramai. Kamu juga suka disayangi dan menyayangi. Kamu juga sentiasa ceria dan gembira namun kadangkala dilanda 'angin satu badan'! Teman/kekasih yang diingini ialah mereka yang mudah diajak berbincang dan boleh membuatkan dirinya rasa selesa bila berdampingan dengan mereka.

KRIM
Ha! Kamu ini seorang yang suka bersaing dalam apa juga bidang yang kamu ceburi dan ingin berjaya. Tapi persaingan secara sihatlah. Kamu juga bersikap suka mendorong orang lain untuk mencapai apa yang diidamkan. Namun kamu cukup takut akan 'kehilangan' sama ada teman ataupun kekasih! Selain itu, sudah tentunya kamu seorang yang ceria selalu! Sebagai seorang kawan, kamu boleh dipercayai 100% dan setia pada janji. Dari segi percintaan, kamu amat berhati hati dalam menjalinkan hubungan cinta dan tak mudah jatuh cinta hingga kamu rasakan menemui seseorang yang benar benar kamu cintai! Ketika itu, kamu tak perlukan masa yang lama untuk melafazkan sayang!

TEAL (warna kayu)
Bukan main lagi kamu ni yek! Tak kira lelaki ataupun perempuan, terlalu menitikberatkan soal kecantikan dan penampilan fizikal diri kamu. Kamu sering melakukan kesilapan dalam membuat keputusan lantaran sikap kamu yang suka sangat ambil mudah terhadap sesuatu masalah. Manakala dalam memilih pasangan, kamu bercitarasa cukup tinggi. Kamu tak akan pilih yang sebarangan saja! Kamu juga suka memerintah dan gemar orang lain menurut perintah kamu. Walau bagaimanapun, sikap kamu yang peramah membuatkan diri kamu punya ramai teman.

MERAH JAMBU
Kamu akan berusaha sedaya mungkin untuk membuat yang terbaik dalam apa juga yang kamu lakukan serta suka menolong orang lain dan mengambil tahu tentang orang orang di sekelilingnya. Namun kamu sukar untuk dipenuhi keinginannya dan sering saja berpra sangka buruk terhadap orang lain. Dari segi percintaan kamu mengimpikan percintaan yang penuh dengan keindahan semata.

HIJAU
Salah satu kelebihan yang kamu miliki ialah cukup pandai menyesuaikan diri dengan orang yang baru di kenali. Mungkin kerana sikap kamu yang tidak begitu pemalu namun dalam tidak sedar kamu boleh membuatkan orang lain kecil hati dengan kata kata kamu saja! Kamu juga ingin diri kamu disayangi dan diberi perhatian penuh oleh kekasih hati. Namun selalunya mereka ini lebih rela maintain single hingga berjumpa dengan jejaka/gadis yang benar benar sesuai untuk dirinya!

EMAS
Kamu seorang yang tahu apa yang kamu lakukan, yang mana betul dan silapnya. Kamu juga seorang yang mudah bergaul dengan sesiapa saja dan ceria serta tak suka bersedih biarpun pelbagai masalah yang menimpa. Dalam soal percintaan, kamu sukar berjumpa dengan orang benar benar kamu sukai tapi sekali kamu menemuinya pasti tidak akan kamu lepaskan begitu saja. Bila sekali gagal, sukar untuk kamu jatuh cinta lagi untuk kali yang seterusnya dalam tempoh yang lama.

KUNING
Kamu seorang yang manis, tenang dan sopan. Sebab itulah kamu dipercayai oleh orang orang yang ada di sekeliling kamu. Selain itu, kamu juga lebih suka menguasai dalam sesebuah perhubungan termasuklah soal cinta. Kembang semangkuk hidung bila tiap kehendak kamu dituruti oleh si dia! Kamu juga mampu membuat keputusan yang tepat kerana fikiran kamu yang jauh ke depan. Tapi, jangan tak tahu. Kamu ni jiwang karat juga orangnya. Sentiasa saja berminta hal hal yang romantik bersama si dia. Alahai!

MAROON
Bagi kamu yang mewakili warna maroon ini, kamu digambarkan seorang yang bijak dan tahu apa yang terbaik untuk diri kamu. Namun kamu juga suka melakukan sesuatu itu menurut kehendak dan pendapat kamu sendiri tanpa pedulikan perasaan atau pendapat orang lain. Itulah yang menjadi masalahnya! Dari segi percintaan, kamu cukup sabar dan tidak terburu>buru untuk menjalinkan percintaan. Kamu juga terkenal dengan sikap setia kamu dalam perhubungan!

OREN
Syabas! Kamu ini jenis orang yang berani menanggung segala risiko atas tiap perbuatan yang kamu lakukan. Baguslah macam tu. Kata orang, berani buat beranilah tanggung. Kamu juga bijak mengambil hati orang-orang di sekeliling kamu dan ini membuatkan diri kamu disenangi ramai. Kamu punya matlamat tersendiri dalam hidup yang menjadi target kamu selama ini dan sanggup bersaing untuk berjaya. Menyentuh soal perhubungan, kamu sebenarnya seorang yang sukar untuk mempercayai orang lain tapi bila kepercayaan itu wujud, selamanya kamu akan percayakan dia! Begitu juga dalam perhubungan cinta. Bagi kamu, saling percaya itu amat penting!

UNGU
Amboi! Kamu ini gadis/jejaka misteri rupanya. Tak ramai orang yang dapat mendekati diri kamu kecuali orang yang benar-benar kamu percayai. Walaupun begitu, kamu tak pernah pentingkan diri sendiri dan agak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang baru bagi kamu. Mood memainkan peranan penting mempengaruhi kehidupan kamu seharian. Jika kamu rasa gembira, sudah tentunya hari itu menjadi hari yang paling ceria bagi diri kamu dan begitu juga sebaliknya. Dalam menjalinkan percintaan, kamu lebih cenderung untuk memilih mereka yang punya kedudukan dan agak stabil kewangan mereka.

LIME (Warna buah limau)
Sifat kamu yang tenang saja sepanjang masa amat dikagumi ramai. Tapi jangan tak tahu, kamu juga mudah rasa tertekan bila dilanda masalah. Selain itu, kamu boleh dikatakan agak cerewet juga kerana perkara-perkara kecil pun kamu amat prihatin! Pun begitu, kamu punya personaliti tersendiri yang membuatkan orang ramai menyukai diri kamu. Amboi! Kamu ini rupanya seorang kekasih yang kuat cemburu yek?

PERAK
Ternyata kamu ini seorang yang berimaginasi tinggi dan tak hairanlah kamu turut berbakat dalam bidang yang berkaitan dengan seni. Walau bagaimanapun kamu sebenarnya punya sifat pemalu yang agak menebal juga namun sikap kamu yang suka mencuba sesuatu yang baru mampu menstabilkan keadaan. Bukan apa, kamu suka mencabar diri kamu sendiri untuk melihat sejauhmana kebolehan diri. Dari segi perhubungan cinta, kamu lebih suka bersikap 'hard to get' untuk menduga keikhlasan hati si dia. Namun hubungan cinta kamu seringkali dilanda kekeliruan dan tak begitu stabil. Tapi usah bimbang, kamu akan menemui cinta sejati juga suatu hari nanti.

HITAM
Kamu gemar kehidupan yang mencabar dan punya keberanian untuk melakukan apa saja. Sebab itulah, usah ada sesiapa yang cuba mencabar kamu kerana kamu ni kan pantang dicabar. Tapi kamu tak begitu gemarkan perubahan mendadak dalam hidup kamu. Namun sekali kamu membuat keputusan, ia sukar untuk diubah oleh orang lain. Kisah cinta kamu juga begitu mencabar dan perlukan banyak kesabaran jika inginkan perhubungan itu berkekalan. Belajarlah untuk bertolak ansur sikit!

OLIVE (Warna buah Zaiton)
Bagi kamu yang mewakili warna ini dikatakan seorang yang baik hati dan suka menolong orang lain. Sebab itu juga kamu tak sukakan keganasan. Kamu juga bijak menyesuaikan diri dengan teman-teman hingga membuatkan kamu menjadi 'favourite' di kalangan mereka. Sememangnya kamu seorang yang baik hati dan sentiasa ceria. Namun ingat, jangan terlalu percayakan orang lain mem**** buta. Dalam soal cinta, kamu cukup menenangkan hati si dia dan tak suka cari pasal!

PERANG
Kamu seorang yang cukup aktif dan tak suka duduk diam saja. Pelbagai aktiviti yang dilakukan bagi memenuhi masa lapang. Sebagai seorang teman, kamu sentiasa menyokong tindakan positif teman-teman yang lain. Pun begitu, kamu sukar untuk didekati dan agak sombong jika tak boleh sesuaikan diri dengan seseorang. Dalam soal cinta, kamu mudah jatuh cinta. Tapi bila kamu sedar cinta kamu itu tidak berbalas, kamu cepat putus asa dan mengalah dengan mudah. Macam tu pulak? Seharusnya kamu perlu kikis sikap itu dan cuba berusaha untuk mengambil hati si dia. Mungkin 'rezeki' kamu untuk memilikinya nanti?

KELABU
Kebanyakan mereka yang diwakili oleh warna Kelabu ini sangat menarik orangnya dan aktif. Kamu juga ingin diri kamu dikenali orang ramai dan menjadi kepantangan kamu pula sekiranya tidak dilayan dengan adil oleh sesiapa saja! Kamu juga seorang yang tidak gemar menyimpan apa juga perasaan di dalam hati dan lebih suka meluahkannya. Sesekali kamu oleh bersikap pentingkan diri sendiri. Namun kamu amat pandai menawan hati orang lain apatah lagi dengan sikap humor yang kamu miliki itu.

BIRU
Ternyata kamu seorang yang punya keyakinan diri yang rendah dan terlalu pemilih sangat. Tak bolehlah macam tu. Itu adalah sikap negatif yang harus kamu ubah kerana mendatangkan kerugian pada diri kamu sendiri. Selain itu, kamu juga cederung ke arah kesenian dan sememangnya kamu berbakat dalam bidang itu hingga mampu menjadikan kerjaya berkaitan dengan seni sebagai kerjaya tetap. Soal cinta pula, kamu mudah sangat jatuh cinta tapi seringkali juga putus cinta. Mana taknya, orang lain bercinta kamu pun hendak bercinta. Tapi kamu bukan benar-benar menyintai si dia setulus hati. Silap sendiri lah kan? Kalau kamu mahukan hubungan itu berpanjangan, kamu harus bersikap lebih serius dan ikhlas.

BIRU LAUT
Kamu mencintai diri dan kehidupan kamu sendiri melebihi segala galanya. Bagi kamu, jika kamu tak sayangkan diri sendiri kamu siapa lagi? Kamu juga seorang yang berpersonaliti menarik hingga sering menjadi perhatian ramai. Selain itu, kamu juga berpandangan jauh untuk masa depan. Tapi berhati hati dengan sikap pemarah kamu tu. Sekali kamu marah pada seseorang, sukar kamu nak melupakannya. Jadi, belajarlah memaafkan orang lain. Sebab itu juga kamu sering bertengkar dengan si dia. Mana taknya, ego sangat nak maafkan orang lain sedangkan kamu sendiripun ada melakukan kesilapan!

PUTIH
Kamu punya matlamat yang jelas dalam hidup dan berusaha keras untuk mendapatkannya. Orang lain juga sering memberikan penghargaan tinggi terhadap kamu memandangkan kamu agak berkebolehan dalam pelajaran/kerjaya. Walau bagaimanapun, kamu ini kuat cemburu orangnya dan kadangkala sukar nak bekerjasama dengan orang lain. Perhubungan cinta kamu juga sering tegang dek kerana sikap cemburu kamu terhadap si dia. Cemburu itu memang tanda sayang tapi kalau dah melampau tu, cemburu buta namanya!

BIRU KEHIJAUAN (Aqua)
Mak oi! Angin satu badan kamu ini rupanya. Senang sangat mood kamu berubah secara tiba-tiba hingga kadangkala buat orang lain bosan. Mungkin sebab itu juga membuatkan kamu kadangkala lebih suka menyendiri melayan perasaan tapi kamu suka melancong untuk meluaskan pengalaman. Kamu juga seorang yang jujur dan mudah percaya kepada orang lain. Dari segi percintaan, kamu sukar menemui cinta sejati dan sikap terlalu mudah percaya pada orang lain membuatkan kamu sering tertipu serta gagal dalam bercinta...! Oleh itu, percaya boleh, tapi jangan membuta tuli, kelak termakan diri!

Tuesday, July 22, 2008

Lembu Ko..???!!!!

Aduii... hahahaha... lawak - lawak. Aku jumpe lagi satu klip video ni, rasenye lagu jepun kot... hehehehe.... Korang tengok sendiri la... aku tak larat nak explain... letih dah gelak... sampai sakit perut... hahahahaha.. .tolong la...sape la terlebih kreatif buat bende2 lawak cam ni.... tolong laa.... hehehehehehe.....


Sunday, July 20, 2008

Geli Mat..???!!!

Klip ni dah lame sebenarnye aku tengok tapi tetiba teringat balik.. Memang lawak la klip video ni.. plus budak yang translate video lagu tamil ni memang terlebih rajin... hahaha... First time dulu, aku tengok klip video ni.. gelak tak hengat punye... So, aku ingat nak letak la klip video ni kat blog aku ni... share dgn sape2 yang belum berkesempatan tengok lagi... hehehhe... enjoy the show... hahahahaha...


Geli Mat..



Ade beberapa lagu lain yang ditranslate jugak lagi... macam2 lagu ade.. lagu punjabi.., lagu jepun.., lagu korea.. sampai kan ke citer cina pon ade die translate... hahahhaha... So, let's enjoy the show.... hehehehe..



Telur - Telur Tu....


Satu Filter....


Lagu Gaban pon kene translate jugak.... aduiiii..!!! hahahhaha....




Ni pulak salah satu babak daripada cerita cina bersiri petang2 tu.., The Legend of Condor Hero... hahahahaha.... tolong..!! yang ni lawak jugak......



Yang ni plak... aku baru jumpe lagi.... Lela Muka Pelat..... hahhahahaha...



Hehehe... macam2 la sekarang ni... rajin benar buat bende2 yang pelik2 cam ni.... hehehe... tapi tak pe la... boleh jugak layan.. gelak2 rileks kan otak.... Ade banyak lagi aku rase... tapi korang tengok sendiri la nanti...

Tuesday, July 15, 2008

Special for Manchester United Fan....

Klip video special untuk penyokong fanatik Manchester United... hehehe... dalam bahasa German... tapi tak pe... dah siap translate... Macam ni la agaknye suasana kat Man U sekarang ni pasal isu Christiano Ronaldo nak pindah pi Real Madrid... hehehehe...


Kucin lagi...

Suke klip video ni.. kelakar.. anak2 kucing kene buli...sian dieorang.... hehehehehe... Anak2 kucing ini adalah breed British Shorthairs.... cute kan...


Kucing yg ni plak tgh buat hape tah... tak tau aku nak cakap... tapi muka die syok giler tekan member die tu... hehehhe...


Save the Planet.....

Really loves this cartoon from Animal Planet.... There 11 clips you can enjoy & hopefully u got the massage that all the animal want to tell us.... UBAH GAYA HIDUP to save our planet....!!!!! (Hehehehe....)


Monday, July 14, 2008

Kene tag lagi......

Di 'tag' oleh Ja.... sebenar nya dari minggu lepas kene tag ni.... so, baru teringat nak buat.. hehehehe... So.., meh kite tengok mende tag nye.....


Favourite TV series yg ade dlm list ni.... hhmm... ok.. aku tak la selalu sangat tengok TV sekarang ni... tapi kalau katun yang aku mesti tengok..biasenye kalau terlepas untuk tengok... aku download aje, hehehe.. So, antara favourite TV series aku.... :


1. The Simpsons, Fox, 1989-present



9. Friends, NBC (1994-2004)



12. South Park, Comedy Central (1997-present)


20. Beverly Hills, 90210, Fox (1990-2000)



25. Miami Vice, NBC (1984-89)


32. Gilmore Girls, The WB (2000-06), The CW (2006-07)


35. CSI, CBS (2000-present)




38. Beavis and Butt-head, MTV (1993-97)




41. Frasier, NBC (1993-2004)


54. Moonlighting, ABC (1985-89)



56. Desperate Housewives, ABC (2004-present)



66. Grey’s Anatomy, ABC (2005-present)



70. Everybody Loves Raymond, CBS (1996-2005)



88. Malcolm in the Middle, Fox (2000-06)



89. SpongeBob SquarePants, Nickelodeon (1999-present)

Monday, July 7, 2008

Anak Kucin.... makin besar.... makin cute..!!!!

Weekend baru ni aku balik kampung..., memang every month aku akan balik kampung. Lagipon nak tengok perkembangan anak2 kucing aku kat kampung tu..., mesti dah makin besar. So.., sampai aje kat kampung dari dalam kereta dah nampak anak2 kucing tu berlari2 main kat bawah rumah nenek aku.... Hahaha... bestnye. Cute2 sume anak kucing aku tu..geramnyee... hehhehehe.... Boboy dan Momoh pon aku lame tak jumpe... rindu kat dieorang.

But there some bad news, nenek dan mak aku dah buang Nyetnyet sehari sebelum aku balik.... isk... isk.... terkejut la aku.... tanye apasal, rupanya Nyetnyet selalu sangat kencing merata, sampai die kencingkan kain nenek aku..., hilang sabar la nenek aku, melampau plak Nyetnyet ni.... (yelah... act Nyetnyet tgh menggatal.. horny.. hehehhe), tapi patutnya tanye la aku dulu.... at least aku boleh bawak Nyetnyet ke klinik haiwan untuk di'kembili'kan... Tapi macam biase la.... tak tanya aku dulu.... Same la jadi kat anak kucin aku before that..., tanpa tanya aku dulu (at least bagi tau la..), mak dan nenek aku bagi satu daripada nak kucing aku pada sedara aku. So.., dari 4... dah tinggal 3.., bukan tak nak bagi.... tapi aku dah pesan dulu.... kalau nak bagi boleh tapi tunggu la anak kucin tu besar skit... dalam 3 - 4 bulan ke.... bile dah 'putus susu' dengan mak die dan dah cerdik skit. Tak pasal2 aku terasa sikit dengan hal tu... tapi tak pe la... hal tu dah settle.. So..., Yoyo dah tak de...., tinggal cuma Miko, Lilo dan Po. Tak pe la, yang penting lepas ni ape2 hal bagi la tau aku.... kucing aku tu... nak buang ke... nak bagi orang ke... aku sayang sangat kucing2 aku tu. Miko dan Lilo..., nenek dan mak aku nak jaga dieorang nanti..., Po... adek aku nak... nanti dah besar skit baru die boleh ambik.... Momoh dan Boboy... sementara ni dok kampung dulu.... nanti dah aku dah dapat umah sendiri... aku amik balik Boboy dan Momoh dok dengan aku...

Seronok betul tengok telatah 3 ekor anak kucing aku tu... asyik main aje keje nye.... pas tu...bile dah penat sibuk carik mak dieorg... nak menyusu... hehheehe.. So, ni ade some pix kucing2 aku yang sempat aku amik... masa kat kampung.... Cute nye..!!!!!

Miko terkejut mase aku nak amik gambar die... hehehehe...

Miko buat gaya cute die.. hehehhe.. jenuh nak amik gambar die... pasal die kat bawah katil...

Lilo tengah main kat bawah kerusi....

Miko tengah syok dok atas pangku sepupu aku...

Lilo main kat tangga....

Lilo carik ape tu...???!!

Lilo buat muka penat.... hehehe...

Miko main kat bawah meja pulak....

Miko.., tak puas main lagi ke...??!!

Miko kepenatan.., mane tak nye... asyik main aje kejenye....hehehe...

Lilo pon nak join Miko main kat bawah meja....

Miko ajak Lilo main atas kerusi pulak.... hehhehehe....

Laaa... Po kat bawah kereta aku rupanya... puas carik tadi... hehehehe...

Momoh penat melayan kerenah anak2 nye....

Boboy macam biase la.... buat muka berlagak die tu.... hehehhehe...

Po, Miko dan Lilo tengah carik mak dieorang (Momoh).. penat main nak isap susu plak...hehehhe...

Po plak nak main... hehehhehe....

Po nak seberang longkang..., boleh ke lepas tu....??? hehehehe....

Lilo dah jumpe mak die (momoh).., apa lagi....nak susu laaa.... nyum nyum nyum....

Momoh tengah menyusukan Lilo....

Friday, July 4, 2008

bajUntuKamu.....

bajUntuKamu will launch this August.... For our first promo t-shirt, we will launch 4 design..... So, to all T-shirt fan, here i attach some image for your preview.... I will give info about bajUntuKamu from time to time from now..... So....stay alert & stay tune.... Special thank to Imran Ajmain from bajUntuKamu .......


Thursday, July 3, 2008

EURO 2008.... Key Statistics....

A run-down of some of the key statistics from an enthralling European Championships in Austria and Switzerland.

Total goals: 77
Top goalscorer: 4 -
David Villa (Spain)
Most goals scored: 12 - Spain
Fewest goals scored: 1 - Austria, Poland, Romania, Greece, France
Most goals conceded: 9 - Turkey
Fewest goals conceded: 2 - Croatia
Total shots: 892
Most shots by a player: 28 -
Roman Pavlyuchenko (Russia)
Most shots by a team: 117 - Spain
Fewest shots by a team: 33 - Sweden, Romania
Most shots in a game: 54 - Netherlands v Russia
Total saves: 247
Most saves: 35 - Igor Akinfeev (Russia)
Most corners: 41 - Russia
Fewest corners: 9 - Romania
Total fouls: 1,118
Most fouls committed: 114 - Spain
Fewest fouls committed: 45 - Greece
Total yellow cards: 122
Most yellow cards: 16- Turkey
Fewest yellow cards: 3 - Sweden
Red cards in the tournament: 3 -
Volkan Demirel (Turkey), Bastian Schweinsteiger (Germany), Eric Abidal (France)
Most offsides in total: 17 - Portugal, Germany
Fewest offsides in total: 1 - Austria


(Data adalah ehsan dari Eurosport)

EURO 2008.... Team of the tournament.....

EURO 2008 dah habis, so ini adalah pemain-pemain terbaik sepanjang kejohanan ini yang telah dipilih untuk dream team EURO 2008. 9 orang pemain SPAIN yang menjuarai EURO 2008 telah dipilih untuk dream team ini. Permain Terbaik EURO 2008 Xavi Hernandez tidak tersenarai dalam dream team ini..... kenapa..?? Ntah... aku pon tak tau.. hehehehe...
(Data dan images team of the tournament adalah ehsan dari uefa.com).


GOAL KEEPER

Gianluigi Buffon (ITALY)

Iker Casillas (SPAIN)

Edwin van der Sar (HOLLAND)




DEFENDERS

Bosingwa (PORTUGAL)

Philip Lahm (GERMANY)

Carlos Marchena (SPAIN)

Pepe (PORTUGAL)

Yuri Zhirkov (RUSSIA)

Carles Puyol (SPAIN)




MIDFIELDERS

Hamit Altintop (TURKEY)

Luca Modric (CROATIA)

Marcos Senna (SPAIN)

Michael Ballack (GERMANY)

Konstantin Zyryanov (RUSSIA)

Cesc Fabregas (SPAIN)

Andres Iniesta (SPAIN)

Wesley Sneijder (HOLLAND)

Lucas Podolski (GERMANY)



FORWARDS

Andrei Arshavin (RUSSIA)

Roman Pavlyuchenko (RUSSIA)

Fernando Torres (SPAIN)

David Villa (SPAIN)