Indonesia 2 (Nasuha 73', Ridwan 87') - 1 MALAYSIA (Safee 54') : Syabas dan tahniah kepada skuad bolasepak Malaysia yang buat kali pertama berjaya memenangi piala AFF Suzuki. Seperti yang dijangkakan, Malaysia tetap menang (dengan aggregat 4 - 2) walaupon kalah pada perlawanan kedua ini. Saya sendiri juga telah menjangkakan keputusan yang same sebelum perlawanan bermula (saya predict Malaysia score selepas kene 2 gol supaya lebih dramatik... hehe..) tetapi Malaysia lebih hebat dengan membuka jaringan dahulu melalui penyudah & rembatan menarik 'ala Torres' Safee Sali pada minit ke-54. Pemain2 Malaysia tetap mampu bermain dengan baik walaupun diasak dengan serangan bertubi2 oleh pemain2 Indonesia. Semangat tidak mudah mengalah serta berjuang habis-habisan pemain2 Malaysia seperti inilah yang lama ditunggu2 oleh peminat2 & penyokong bolasepak Malaysia selama ini. Pasti selepas ini, setiap kali Malaysia bermain, Stadium Bukit Jalil akan penuh dengan penyokong2 Harimau Malaya untuk memberikan sokongan padu.
Separuh masa pertama, Malaysia yang turun dengan jersey 'tuah' Biru bertahan dengan baik, menyekat setiap asakan pemain2 Indonesia. Sekali sekala pemain serangan Malaysia, Safee, Ashari, Nurshahrul, Kuna dan Safiq berjaya melakukan 'counter attack'. Ashari berjaya sekali membuat percubaan bahaya ke pintu gol Indonesia setelah menggelecek 2 pemain tetapi ditepis keluar oleh Markus. Apa yang menarik, semangat dan keyakinan pemain2 Malaysia tetap tinggi walaupun diasak serta tekanan dari penyokong2 fanatik Indonesia. Minit ke-15, keadaan menjadi lebih hangat apabila bola terkena tangan pemain Malaysia di dalam kotak penalti dan sepakan penalti diberikan kepada Indonesia. Tetapi peluang Indonesia mendapatkan gol awal dari sepakan penalti disia2kan apabila sepakan Firman Utina ditangkap kemas oleh penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat. Tiada gol untuk separuh masa pertama buat kedua2 pasukan dan Malaysia masih bertahan dengan kelebihan 3 gol.
Saat2 cemas dimana penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi berjaya menghalang sepakan penalti pemain Indonesia, Firman Utina.
Safee Sali & Nurshahrul Idlan sentiasa bergandingan & mencuri peluang mengucar-kacirkan benteng pertahanan Indonesia.
Penyerang import Indonesia, Christian Gonzales gagal menyerlah kerana sentiasa diekori rapat dan dikawal dengan baik oleh pemain pertahanan Malaysia, Muslim Ahmad.
Seorang lagi pemain pertahanan Malaysia, Fadhli Mohd Shas yang bermain dengan baik berjaya mengekang setiap pergerakan pemain berbakat Indonesia, Irfan Bachdim daripada menjaringkan gol.
Khairul Fahmi bertindak cemerlang menggagalkan setiap usaha penyerang berbahaya Indonesia, Christian Gonzales daripada menjaringkan gol.
Separuh masa kedua, Indonesia terus menguasai permainan terutama pada bahagian tengah, tetapi mula terpancar kekecewaan dimuka pemain2 Indonesia apabila semua percubaan ke pintu gol Malaysia gagal menghasilkan gol. Pemain2 Malaysia berjaya menyerap segala percubaan dan asakan pihak lawan dengan baik sekali. Pujian harus di berikan kepada penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi yang bermain dengan baik sekali memastikan pintu gol Malaysia gagal dibolosi. Begitu juga pemain pertahanan muda, Fadhli dan Muslim yang berjaya mengekang setiap serangan. Taktikal yang dirancang oleh jurulatih Malaysia, K. Rajagopal untuk tidak hanya bertahan dan menyerang dengan serangan pantas apabila dapat mengusai bola berhasil pada minit ke-54, apabila hantaran 'throughpass' Ashari dari tengah padang kepada Safee Sali berjaya disudahkan dengan bergaya. Dengan 1 gol ditempat lawan, kedudukan Malaysia lebih selesa untuk merangkul kejuaraan kali ini. Indonesia tetap berusaha untuk mendapatkan gol, dan akhirnya gol yang dicari2 hanya diperolehi pada minit ke-73, jaringan daripada Nasuha. Kemudian gol kedua hanya menyusul 3 minit sebelum perlawanan berakhir hasil percubaan 'deflect' Ridwan yang terkena pemain pertahanan Malaysia dahulu sebelum menerjah jaring. Kemenangan ini hanya mengekalkan rekod kemenangan 100% di tempat sendiri dan penawar luka kepada Indonesia yang kecewa lagi di perlawanan akhir buat kali ke-4 sejak dari tahun 1996 piala ini dipertandingkan.
Pemain2 Malaysia gembira meraikan gol yang dijaringkan eloh Safee Sali.
Safee Sali, penjaring gol terbanyak AFF Suzuki Cup 2010 dengan 5 gol
Safee Sali, penjaring gol terbanyak AFF Suzuki Cup 2010 dengan 5 gol
Penantian Malaysia selama 14 tahun untuk membawa pulang piala ini berakhir dengan barisan pemain2 muda yang bermain dengan semangat dan keyakinan yang tinggi. Pasti dengan pencapaian ini taraf bolasepak Malaysia sudah mampu menyamai semula pasukan2 handalan Asia Tenggara yang lain yang selama ini dianggap ketinggalan. Lebih manis lagi, Safee Sali dinobatkan sebagai penjaring terbanyak kejohanan ini dengan 5 gol. Syabas dan tahniah sekali lagi buat wira2 skuad bolasepak Malaysia, jurulatih K. Rajagopal dan anak2 buahnya yang berjaya mengharumkan dan menjulang nama Malaysia. Dengan kemenangan ini juga, Perdana Menteri kita, Dato' Seri Mohd Najib setelah mengistiharkan hari Jumaat ini, 31 Disember 2010 sebagai cuti umum bagi meraikan kemenangan pemain2 kita menjuarai Piala AFF Suzuki 2010. Malah menurut dari beberapa sumber, Rio Ferdinand pemain handalan England & juga Manchester United turut memberikan ucapan tahniah kepada skuad bolasepak negara yang bermain dengan baik melalui laman Twitter nya. Semua ini diharap akan menjadi satu petanda baik dalam kebangkitan semula bolasepak Malaysia.