Sunday, June 22, 2008

EURO 2008.... Guus Hiddink + Russia = Superb Magical Team



Satu lagi upset result dari game pagi tadi..., memang seperti aku harapkan, Russia pulak buat kejutan dgn mengalahkan Holland 3-1. Permainan diheret ke extra time.., terikat 1 - 1 pada masa penuh permainan dan 3 - 1 pada masa tambahan. 2 gol dijaringkan oleh Russia pada masa tambahan. Dari sepak mula, kedua-dua team main corak permainan yang laju dan agresif, tapi sentuhan Guus Hiddink yang mempunyai record begitu baik dengan mane2 team yang die coach memang terbukti hebat apabile Russia score gol pertama dulu, hasil jaringan Roman Pavlyuchenko pada minit ke-56. Kemudian Holland agak struggle utk mendapatkan gol penyamaan dan Ruud van Nistelrooy berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit2 akhir permainan (minit ke-86) yang membawa game ke masa tambahan.



Pavlyunchenko menjaringkan gol pertama Russia...


van Nistelrooy menyamakan kedudukan di minit akhir permainan...

Pada masa tambahan, kedua-dua pasukan mencipta banyak peluang untuk menjaringkan gol. Russia lebih menyerlah apabila berjaya menjaringkan 2 gol pada separuh masa kedua masa tambahan hasil jaringan Dmitry Torbinski pada minit ke-112 dan Andrei Arshavin pada minit ke-116.

Torbinski menjaringkan gol kedua dalam masa tambahan...

Arshavin mengukuhkan kedudukan Russia untuk menang dengan menjaringkan gol ketiga 4 minit kemudian...

So, kali ini Holland pulak jadi mangsa pasukan underdog, Russia yang begitu menyerlah dengan bimbingan Guus Hiddink. Russia memang bermain dengan baik dan mereka deserve to win this match.


Guus Hiddink gembira meraikan kejayaan pasukannya...

Pemain2 Russia meraikan kemenangan mereka ke atas Holland dan berjaya ke semi final...


Rafael van der Vaart yang frust menonggeng dengan kekalahan pasukanya....

Wajah kecewa Edwin van der Sar....

Ketiga-tiga game quarter final memang best.., dan aku memang seronok dengan keputusan2 upset. So..., let see.... Selepas 3 game quarter final, 3 team yang menjuarai kumpulan masing2 kalah.., bermula dengan Portugal kalah kepada Germany 3 -2. Kemudian Turkey mengejutkan Croatia hingga ke sepakan penalti 3-1. Dan yang terbaru favourite team Holland dikecewakan oleh Russia 3-1 hingga ke masa tambahan. So.., prediction aku before this.., Holland, Portugal dah terkeluar. Cuma tinggal Germany dengan Spain aje sekarang. Tapi aku lebih suka kalau team underdog menang EURO 2008 ni... Turkey atau Russia... hahahaha... Pagi besok, Spain akan bertemu Italy..., jadi adakah Spain mampu mengelakkan dari semua team yg menjuarai kumpulan kalah pada peringkat quarter final...? Kite tunggu kan perlawanan terakhir quarter final pagi nanti. Aku sokong team mane....? Of course Italy... ? Biar semua team juara kumpulan kalah... hehehe

No comments: