Mehmet Aurelio & Bastian Schweinsteiger...
Michael Ballack & Hamit Altintop...
Semih Senturk diasak Torsten Frings & Per Mertesacker...
Ugur Boral meraikan kejayaannya menjaringkan gol pertama Turkey bersama rakan2nya...
Gerakan menarik Bastian Schweinsteiger menjaringkan gol penyamaaan Germany...
Aksi Bastian Schweinsteiger selepas menjaringkan gol....
Permainan di second half lebih menarik apabila Germany pula menguasai permainan namun Turkey tetap bersemangat terus cuba mencuri beberapa peluang membuat serangan balas. Semakin masa perlawanan hampir habis, permainan menjadi semakin menarik. 10 minit terakhir second half cukup mendebarkan di mana pada minit ke-79, Rustu membuat kesilapan keluar meninggalkan pintu gol untuk membolehkan Miroslav Klose menanduk masuk gol ke-2 buat Germany. Namun seperti perlawanan sebelumnya, Turkey tetap tidak putus asa dan semakin bersemangat untuk mencari gol. Usaha mereka berhasil apabila pada minit ke-86, apabila Lehmann pula membuat kesilapan dan Semih Senturk berjaya mendapatkan gol penyamaan hasil umpanan Sabri Sarioglu dari sebelah kanan. Selepas itu game ini dilihat seperti akan diheret ke extra time, tetapi pada minit2 akhir permainan Philip Lahm berjaya membolosi pertahanan Turkey dan menewaskan Rustu untuk menjaringkan gol kemenangan untuk Germany melangkah ke perlawanan akhir.
Miroslav Klose menanduk masuk gol ke-2 Germany...
Semih Senturk berjaya menewaskan Jens Lehmann untuk menyamakan kedudukan semula...
Philip Lahm menjaringkan gol kemenangan Germany di saat akhir permainan...
Jurulatih Germany, Joachim Loew dan penolong jurulatih, Hansi Flick meraikan kejayaan mereka berjaya menewaskan Turkey untuk melangkah ke Final EURO 2008....
Wajah2 kekecewaan di muka pemain2 Turkey selelah perlawanan tamat... Pemain Turkey, Sabri Sarioglu yang kecewa ditenangkan rakannya, Akman Ayhan....
Pemain2 Germany gembira meraikan kejayaan mereka menewaskan Turkey dan berjaya ke perlawanan akhir.....
Walaupon Turkey tewas pada perlawanan semi-final ini, bagi aku... Turkey patut bangga dengan pencapaian pasukan mereka dalam EURO 2008. Pada awal kejohanan ini bermula... tiada siapa menyangka pasukan Turkey yang dianggap pasukan under dog mampu layak hingga ke peringkat separuh akhir. Ditambah pula dengan masalah kecederaan serta penggantungan ramai pemain piihan utama, Turkey tetap mampu memberikan tentangan kepada pasukan2 yang lebih baik daripada mereka. Bermula dengan keputusan yang kurang memberansangkan apabila tewas 2-0 kepada Portugal, tetapi memulakan kebangkitan mereka dengan perlawanan seterusnya dengan menewaskan Switzerland 2-1, mengejutkan Rep. Czech 3-2 diperingkat kumpulan. Di situ sudah nampak ada kelainan dan tarikan yang terdapat pada pasukan Turkey kerana perlawanan yang mereka menang adalah hasil dari come back from behind, di mana mereka akan ketinggalan dan dibolosi gol dahulu tetapi kembali menjaringkan gol kemenangan pada saat-saat akhir perlawanan. Di peringkat quarter final, Croatia pula menjadi mangsa Turkey. Dan pada perlawanan semi-final dengan Germany, mereka tetap cuba melakukan perkara yang sama tetapi nasib tidak menyebelahi mereka... Di sini lah terletaknya kelebihan pasukan Turkey dimana mereka bermain dengan semangat yang tinggi dan bermati2an selagi perlawanan belum habis. Walaupon ketinggalan, semangat terus mencuba memang jarang dapat dilihat pada pasukan lain (pasukan Malaysia lagi la.... jangan harap ade semangat ni...). Walaupon barisan pemain Turkey tidak sehebat pemain pasukan2 pilihan yang bertaraf bintang, namun pemain2 Turkey begitu rajin di atas padang dan tidak mengenal erti penat membuatkan mereka mula digeruni pasukan lawan. Jurulatih Turkey, Fatih Terim pasti menjadi salah seorang jurulatih yang hebat kerana mampu memberikan kata semangat luar biasa serta mampu merancang taktik yang berkesan hingga berjaya membawa Turkey ke semi-final.
Fatih Terim, jurulatih Turkey..... Rustu Recber, penjaga gol berpengalaman Turkey yang akan bersara....
Jadi walaupon Turkey tewas... aku still salute tu Turkey team for this EURO 2008. Penjaga gol berpengalaman Turkey, Rustu Recber mengumumkan persaraannya di peringkat antarabangsa dan EURO 2008 adalah kejohanan terakhirnya bersama skuad kebangsaan.
No comments:
Post a Comment