Saturday, June 21, 2008

EURO 2008.... Salute Turkey....

Pagi semalam tengok game Turkey lawan Croatia... Dari sebelum start game tu lagi.. aku memang berharap Turkey akan menang (aku memang suke sokong team underdog..). Walaupun ramai yang kata Croatia akan menang game tu.., tapi dari game2 Turkey yang lepas2..., memang Turkey banyak buat kejutan. Memang amat berbaloi berjaga tengok game tu pasal Turkey sekali lagi mengecewakan team yang lebih baik dari mereka dari segi ranking.


Apa yang bestnye team Turkey ni...? Semangat melawan player2 dieorang cukup tinggi..., walaupon ketinggalan gol... dieorang tetap cuba walaupon mustahil. Player2 Turkey dah buktikan semangat tak mengaku kalah selagi game tak habis adalah tak mustahil. Player2 Turkey juga amat rajin dan mampu bermain habis2an hingga ke wisel penamat. Turkey dah lakukan nye 2 kali sebelum perlawanan ni. Semua perlawanan mereka menang setelah ketinggalan gol. Mangsa pertama tuan rumah Switzerland, ketinggalan 1-0, tapi menang 1-2. Mangsa kedua Rep. Czech, ketinggalan 2-0, memang 2-3 dan sume gol pd 15 terakhir. Dan mangsa ketiga Croatia.

Final result...., Turkey menang penentuan sepakan penalti 3-1 setelah terikat 0-0, dan 1-1 semasa extra time. Part yang paling best masa extra time tu.... betul2 dramatik. bayangkan Croatia score dulu dalam second half extra time, minit ke 118 (2 minit lagi nak habis..), Turkey boleh samakan kedudukan balik dalam masa injury time (120 + 2).... hehehe. Memang kecewa giler player2 Croatia, pasal dieorang dah confident boleh menang.

Semih Senturk (9), pemain Turkey yang menjaringkan gol penyamaan pada masa kecederaan

Then penentuan sepakan penalti, Turkey menang 3-1. Rasanya Croatia tak prepare untuk penalti.., pasal 3 daripada 4 penalti tak masuk, 2 tersasar... 1 keeper tahan.

Rustu menyelamatkan sepakan penalti Mladen Petric....

Rustu gembira apabila Luca Modric gagal meyempurnakan sepakan penalti..

Pemain2 Turkey meraikan kejayaan mereka....

Wajah pemain2 Croatia yang kecewa....

So..., siapa yang jadi hero??... Goal keeper Turkey, Rustu Recber.... dia bermain cemerlang dalam masa permainan, save satu penalti. Malah gol yang menyamakan kedudukan adalah hasil hantaran ke dalam kotak penalti daripada Rustu. Rustu sebenarnya adalah goal keeper pilihan kedua Turkey untuk Euro 2008. Dia dapat main pon pasal first keeper, Volkan Dimerel suspended kene kad merah perlawanan sebelum ni. Tapi pada umur 35, dia memang cukup berpengalaman dengan game2 pada peringkat antarabangsa. Sebelum ni pon, Rustu terbukti hebat apabila dia juga bermain cemerlang membantu Turkey ke semi final World Cup 2002. Dan sekarang sekali lagi dia jadi hero, bawak Turkey semi final Euro 2008. Liza pon suka Rustu, katenye hensem... hahaha.., ntah la, tapi bagi aku... Rustu is one of the best goal keeper in the world.

Rustu Recber

So... semi-final nanti.., Turkey akan bertemu dengan Germany, pasukan yang jauh lebih hebat dari Turkey. Diharap Turkey dapat bermain dengan baik dan mampu membuat kejutan terhadap Germany pulak. Adakah Germany pasukan ke-4 yang akan menjadi mangsa Turkey....? Kita tunggu dan lihat nanti... Ok lah..., kejap lagi game Holland dengan Russia nak start... so.. until next entry about EURO 2008.....

Antara penyokong Turkey yang cute... (hehehe..)

1 comment:

ja amran said...

RUSTU... RUSTU... RUSTU...RUSTU...!!!