Friday, June 27, 2008

EURO 2008.... SPAIN still too strong for RUSSIA...



Semi final kedua pagi tadi, berlangsung dalam hujan lebat Spain sekali berjaya mengatasi Russia 3-0 untuk menempah tiket ke perlawanan akhir. Sebelum ini kedua-dua pasukan telah bertemu pada perlawanan pertama peringkat kumpulan di mana Spain memenangi perlawanan tersebut 4-1. Russia yang cuba untuk menebus kekalahan pada peringkat kumpulan namun gagal mengulangi kecemerlangan mereka seperti perlawanan sebelum2nya, tetapi tetap cuba memberikan tentangan. Perlawanan agak seimbang pada first half dengan berkesudahan 0-0.

Yuri Zhirkov & Andres Iniesta....

Marcos Senna & Roman Pavlyuchenko...

Fernando Torres & Yuro Zhirkov....

Sergei Ignashevich & David Villa....

Separuh masa kedua, Russia mula hilang rentak apabila Spain lebeh banyak menguasai perlawanan. Kemasukan Cesc Fabregas menggantikan David Villa yang cedera nampak banyak mengubah corak permainan Spain. Akhirnya pada minit ke-50, Xavi Hernandez berjaya menyudahkan hantaran lintang rakan sepasukannya, Andres Iniesta. Russia terkejut dengan gol tersebut cuba untuk mencari gol penyamaan, tetapi Iker Casillas cemerlang menghalang pintu gol Spain dari dibolosi. Semangat pemain2 Russia semakin pudar di mana pada minit ke-73, bermula dari gerakan cantik Sergio Ramos dan Cesc Fabregas, Dani Guiza berjaya menyumbat masuk gol ke-2 hasil umpanan cantik Fabregas. Dengan gol ke-2, ini pemain2 Spain lebeh bersemangat untuk mencari gol seterusnya. Russia pula semakin tenggelam dengan permainan cantik Spain dan semua gerakan mereka tidak menjadi. Minit ke-82, sekali lagi Cesc Fabregas membuat umpanan cantik ke dalam kotak penalti dan David Silva berjaya menolak masuk untuk gol ke-3 Spain. Dengan 3 gol tersebut sudah cukup untuk memastikan Spain berjaya ke final bertemu Germany Ahad nanti.

Xavi Hernanadez berjaya menewaskan Igor Akinfeev untuk menjaringkan gol pertama Spain...

Xavi Hernandez meraikan gol jaringannya....

Gerakan menarik Daniel Guiza menjaringkan gol ke-2 Spain....

Igor Akinfeev tertewas buat kali ke-2.....

Daniel Guiza gembira selepas menjaringkan gol ke-2 Spain....

David Silva menjaringkan gol ke-3 Spain...

David Silva gembira meraikan gol jaringanya....

David Silva meraikan gol kemenangan Spain bersama Cesc Fabregas yang membuat hantaran cantik kepadanya untuk menjaringkan gol....

Cesc Fabregas dan David Silva gembira meraikan gol ke-3 Spain yang memastikan mereka ke final EURO 2008....

Iker Casillas & Carlos Marchena meraikan kejayaan mereka mengalahkan Russia....

Walaupon kalah, Russia patut berterima kasih kepasa Guus Hiddink yang berjaya membawa mereka hingga ke semifinal. Russia yag sebelum ini seperti juga Turkey tidak diletakkan sebagai pasukan pilihan mampu bermain dengan begitu baik pada kejohanan ini. Sudah pasti ramai pemain2 Russia akan menjadi buruan kelab2 ternama selepas EURO 2008 dan yang terbaru Barcelona telah membuat tawaran kepada pemain terbaik Russia Andrei Arshavin. Bagi Spain pula, ini adalah antara pencapaian terbaik mereka dalam kejohanan antarabangsa dimana kali terakhir mereka sampai ke final adalah pada tahun 1964 dan mereka adalah satu2nya team yang masih mengekalkan rekod tanpa sepanjang EURO 2008.

Xavi Alonso & Joan Capdevilla gembira meraikan kejayaan mereka mengalahkan Russia....

Pemain2 Spain yang gembira meraikan kejayaan mereka melangkah ke final EURO 2008....

Walaupon kalah, Konstatin Zyryanov tetap memberikan tepukan semangat kepada pasukan yang telah berjaya hingga ke peringkat semifinal.....

Guus Hiddink yang kecewa dengan kekalahan pasukannya dan kegagalannya membawa Russia ke final EURO 2008....

Iker Casillas begitu gembira dengan kejayaan pasukannya berjaya melayakkan diri ke final EURO 2008....

Sebahagian suasana dan penyokong kedua2 pasukan di stadium Vienna - Ernst Happel ketika perlawanan Spain dan Russia. Stadium ini juga adalah stadium untuk perlawanan akhir antara Germany dan Spain Ahad nanti.

Penyokong Russia mengibarkan bendera negara mereka....

Penyokong Spain dengan api berwarna merah meraikan kemenangan Spain.....

Antara gelagat dan aksi penyokong Spain yang gembira dengan kemenangan pasukan mereka....

Penyokong Russia dengan bendera 'giant' lambang pasukan bola sepak mereka.....

Wajah kecewa penyokong Russia dengan kekalahan pasukannya......

No comments: