Tuesday, June 24, 2008

EURO 2008.... ITALY going down, Thumb up for SPAIN...!!!



Perlawanan ini seperti yang dijangkakan..., Spain menang penalti 4 - 2, tapi Italy tetap memberikan tentangan hingga perlawanan diheret hingga ke penentuan sepakan penalti... apabila masa penuh permainan dan masa tambahan gagal menghasilkan sebarang gol dari kedua pasukan. Spain menjadi wakil tunggal team yg menjuarai peringkat kumpulan mara ke semi-final setelah 3 team juara kumpulan yg lain... Portugal, Craotia dan Holland kalah dalam perlawanan masing2 diperingkat quarter final.

Gianluca Zambrotta & Andres Aniesta....


David Silva & Fabio Grosso....

Gianluca Zambrotta & Fernando Torres...

Mauro Camoranesi & Cesc Fabregas...

Sejak dari sepak mula, Spain lebih menyerlah dan menggasak dengan percubaan bahaya dari Fernando Torres, David Villa dan David Silva ke arah pintu gol Italy. Italy bernasib baik kerana penjaga gol Gianluigi Buffon bermain cemerlang dan berjaya menahan segala percubaan dan asakan dari pemain2 Spain. Hanya sekali sekala Italy cuba menyerang tetapi Luca Toni sebagai single striker di barisan serangan Italy gagal menghasilkan gol. Italy bermain lebih kepada corak bertahan menyebabkan corak permainan Italy agak membosankan. Spain pula gagal menjaringkan gol walaupon banyak membuat percubaan ke arah pintu gol...

Iker Casillas menyelamatkan sepakan penalti Antonio Di Natale...

Pemain2 Spain meraikan kejayan mereka apabila Cecs Fabregas berjaya menjaringkan gol penalti ke-4 untuk mengalahkan Italy.....

Wajah2 kecewa pemain2 Italy.....


Beberapa kali aku terlelap, kerana game tak begitu menarik. Sehingga la sepakan penalti, bagi aku yang paling menyerlah dalam game ni... hanya goal keeper kedua2 pasukan... Gianluigi Buffon banyak menyelamatkan percubaan2 bahaya dari Spain dalam masa permainan serta menahankan 1 penalti manakala Iker Casillas bertindak cemerlang menyelamatkan percubaan bahaya Camoranesi dalam masa permainan dan berjaya menahan 2 sepakan penalti.... Walau apa pun keputusan... kedua-duanya ni memang antara best goal keeper in the world....

Spain goal keeper, Iker Casillas....

Italy goal keeper, Gianluigi Buffon....

No comments: