Setelah sekian lama tak update blog, tiba2 hari ini terpanggil untuk update something kat GCM (yg dah lama bersawang.. hehehe..). Harap dapat semula momentum utk post entri sekerap yg mungkin di GCM seperti dahulu.
So, saya start dgn topik Mat Salleh & Bahasa Melayu. Oleh kerana saya juga ada kawan dengan Mat Salleh (Tilo dari Germany) tapi dia tak la fasih sangat ber'bahasa Melayu', tapi buleh la skit2 seperti untuk order makanan dan minuman dan ucap selamat. Cerita mengenai Tilo ada di sini. Awal tahun hari tu, Tilo berkahwin dengan orang tempatan, Curtney, chinese girl yang berasal dari Terengganu. Pernah ada entri mengenai Tilo dan Curtney datang ke rumah saya di sini. Tetapi selepas berkahwin, Tilo dan Curtney mengambil keputusan untuk menetap di Germany. So sekarang saya hanya berkomunikasi dengan Tilo secara online sahaja. Mungkin Chinese New Year tahun hadapan mereka akan balik ke Malaysia sekejap.
Ok la, berbalik semula kepada cerita pasal Mat Salleh & Bahasa Melayu ni. Sebenar ada satu video (yg rasanya jadi rival sekarang di Facebook geng2 Malaysia) yang membuatkan saya terpanggil untuk update new entri di GCM. Rasanya tak nak tulis panjang2 sangat, just nak share dengan korang pasal topik ni di GCM.
Yang ni plak... cakap loghat Kelantan.. hehe..
Yang ni plak... siap parody filem P. Ramlee (Pendekar Bujang Lapok)... hahaha..
Actually ada banyak lagi.., so kalau nak tengok yang lain, korang search la kat Youtube. Yang nih GCM ambil yang dieorang cakap dalam keadaan spontan... Mana tau.. buleh encourage kita untuk belajar bahasa dieorang plak kan...
No comments:
Post a Comment